CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Dukacita Keluarganya Difitnah Ambil Tanah Sekolah Agama

3-10-2018 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6284| Komen: 51

Astro Awani melaporkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita berhubung tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor.



Kredit foto: carian internet

Sultan Ibrahim bertitah, baginda amat kesal apabila terdapat dakwaan yang kini tular dalam laman media sosial mendakwa keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru.

“Jangan senang sangat membuat apa-apa (tuduhan) atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti tercatat dalam laman Facebook rasmi baginda itu, semalam.

RPO adalah pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor.



Kredit foto: www.astroawani.com

Baginda bertitah, perkara tersebut juga sengaja disebarkan dalam media sosial walaupun berita itu adalah tidak benar.

Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut memuat naik satu paparan akaun Twitter dengan nama ArieCadaver yang menyatakan mengenai tanah sebuah sekolah agama swasta asalnya milik persendirian diambil paksa oleh keluarga diraja Johor.

Tweet akaun tersebut berbunyi: “Berlaku kisah sekolah agama swasta di JB (sekolah sepupu sy) yang tanahnya telah diwakafkan orang awam, yakni asalnya hak milik persendirian, diambil paksa oleh Royal Johor hingga sekolah terpaksa dipindahkan tahun depan. Orang Johor je faham.”

Turut dimuatnaik dalam catatan Facebook itu, satu kenyataan mengenai penjelasan status tapak tanah sekolah itu termasuk mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai status tapak sekolah itu seharusnya menyemak fakta yang diperoleh terlebih dahulu.- CARI
16

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 3-10-2018 04:27 PM
Edited by Mina2215 at 3-10-2018 04:28 PM

Dah nama cadaver lg. Abis la ko betul2 jadi cadaver lepas nihh

Quote namirulmukminin 3-10-2018 04:35 PM
Uwwekkkk.. Nyampah aku dgn puak2 ni...
Quote ashcroft86 3-10-2018 04:37 PM
Well, semua tanah kat joho tu kan milik keluarga ni kannnn.....
Quote sinalegna 3-10-2018 04:41 PM
ashcroft86 replied at 3-10-2018 04:37 PM
Well, semua tanah kat joho tu kan milik keluarga ni kannnn.....

Bukan mcm tu.. tanah2 kat sana walau hak milik persendirian, tetap kena dpt clearance istana utk buat apa2 project
Quote mieymiey 3-10-2018 04:43 PM
Cerita betul ker fitnah ker, tetap ke dalam punya.
Quote ashcroft86 3-10-2018 04:46 PM
sinalegna replied at 3-10-2018 04:41 PM
Bukan mcm tu.. tanah2 kat sana walau hak milik persendirian, tetap kena dpt clearance istana utk b ...

Yerp, tahu. Tak ke pelik pihak istana campur bende2 camni. Macam total monarki pon ada. Pffttt.

Quote bakingsoda 3-10-2018 04:47 PM
so faktanya apa? mcm takde penjelasan pon
Quote sinalegna 3-10-2018 04:48 PM
ashcroft86 replied at 3-10-2018 04:46 PM
Yerp, tahu. Tak ke pelik pihak istana campur bende2 camni. Macam total monarki pon ada. Pffttt.

...

Katanya utk protect warisan negeri, katanyalah.. haha
Quote ashcroft86 3-10-2018 04:50 PM
sinalegna replied at 3-10-2018 04:48 PM
Katanya utk protect warisan negeri, katanyalah.. haha

Malas nak ckp lelebih, klau orang yang terlibat dlm industri perumahan, pembinaan tahu lah.
Quote moonbug 3-10-2018 04:51 PM
Kadang-kadang rasa macam Johor je ada sultan kat Malaysia ni
Quote sinalegna 3-10-2018 04:53 PM
ashcroft86 replied at 3-10-2018 04:50 PM
Malas nak ckp lelebih, klau orang yang terlibat dlm industri perumahan, pembinaan tahu lah.

Kan.. untong la untouchable
Quote oranjes 3-10-2018 05:22 PM
macam kg istana batu pahat rumah atas bukit tu... sume dah kosong sebab dah di amik balik oleh istana (sebelah tu je)... bukan amik kosong la...dpt la bayaran...rumah2 tu pun atas tanah kurnia sultan dulu..ok la kot
Quote Body_language 3-10-2018 05:42 PM
Highschool Muar apa cer? Tanah padang sukan sekolah dah lama kene rampas. Tanah sekolah dh bertahun desas desus tp nmpk gaya sekolah tu still utuh. Bab amik tanah, mmg betul. Hanya org johor je tau
Quote cmf_shalom 3-10-2018 06:11 PM
Edited by cmf_shalom at 3-10-2018 06:23 PM

Sekiranya tanah tu status state land...mmg la tanah tu milik negeri or sultan..

If dah ada hak milik...mmg x patut...or x boleh pun state ambik wewenang tanpa bayar pampasan ngan nilai semasa....lain la if hak milik tu bstatus lease....bila dh tamat tempoh..negeri boleh ambik tanah tu...

If tanah wakaf...kena semak dulu status mcm mn...niat pewakaf asal tu utk tujuan apa...kemudian ada2 apa2 yg pemegang amanah buat shingga tputus niat asal wakaf tu..bab ni pemegang amanah tu kena mjawab la..
Quote CiliPadiSedap 3-10-2018 06:52 PM
Body_language replied at 3-10-2018 05:42 PM
Highschool Muar apa cer? Tanah padang sukan sekolah dah lama kene rampas. Tanah sekolah dh bertahun  ...

patutlah rumputnya segar malar cantik. baru tahu. sejak mahathir jadi PM makin berani ye rakyat johor. syabas mahathir
Quote net_level 3-10-2018 07:03 PM
akaun twitter iols baru jah kene block dengan TMJ chuols...
apa heols triggered tataulaaaa
Quote JohnnySins 3-10-2018 07:04 PM
"orang johor je faham"....iyolah...wakakakakakakkakaka
Quote naina 3-10-2018 07:21 PM
Aku dengar desas desus pasal tanah2 ngn kerabat diraja johor ni.. Sbb biras aku keje dekat asrama anak2 yatim. Now dah benti..
Quote samasam90 3-10-2018 09:05 PM
net_level replied at 3-10-2018 11:03 AM
akaun twitter iols baru jah kene block dengan TMJ chuols...
apa heols triggered tataulaaaa

berbanggalah hrh sendiri yg block akaun anda. bukan pembantunya

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.052660 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top