CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Arah Kedai Dobi 'Hanya Untuk Muslim' Hentikan Amalan Diskriminasi

27-9-2017 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6526| Komen: 40

Description: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan pemilik kedai dobi layan diri yang memberi perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf secara terbuka dan segera menghentikan amalan diskriminasi at ...

sumber : The Star


Dalam satu temubual secara eksklusif bersama akhbar The Star di Istana Bukit Serene kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan pemilik kedai dobi layan diri yang memberi perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf secara terbuka dan segera menghentikan amalan diskriminasi atau berdepan risiko ditutup.

"Ini bukan negara Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, saya dapati tindakan ini tidak boleh diterima kerana ini ia bersifat ekstremis," tegas Sultan Ibrahim. 
 
"Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini adalah Johor, yang dimiliki oleh Bangsa Johor dan ia milik semua kaum dan agama. Ini adalah negeri yang progresif, moden dan sederhana."


Memetik laporan akhbar The Star, Sultan menyelar pemilik kedai dobi itu sebagai "sakit", dan berkata keluarganya "sangat terkejut" berhubung insiden itu.

"Saya mahu pemilik meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor. Beliau telah membuat orang Johor sangat marah dan malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu." 

Sementara itu, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengkritik langkah yang diambil oleh pengusaha dobi terbabit yang menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam sahaja.

Isnin lalu, Tunku Idris di Instagram memuatnaik gambar mengenai perkara itu dan menulis: “Betulkah perkara ini? Ini melampau. Saya terkejut.”

Dalam 2 catatan seterusnya, Tunku Idris memuatnaik gambar beserta teks: “Al-Quran menyebut, ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia’ dan bukannya ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada orang Islam sahaja’.” - CARI


24

Bagus
27

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 27-9-2017 09:09 AM
Woi, thread da ada. Kau da kenapa
Quote xy_daen 27-9-2017 09:20 AM
Kah kah kah...dah agak dah...padan muka..
Quote kecimpret 27-9-2017 09:22 AM
padan muka!




suh bukak kedai kat afghanistan tu mmg win!!
Quote CARI-LTS 27-9-2017 09:36 AM


sumber : The Star



Dalam satu temubual secara eksklusif bersama akhbar The Star di Istana Bukit Serene kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan pemilik kedai dobi layan diri yang memberi perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf secara terbuka dan segera menghentikan amalan diskriminasi atau berdepan risiko ditutup.


"Ini bukan negara Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, saya dapati tindakan ini tidak boleh diterima kerana ini ia bersifat ekstremis," tegas Sultan Ibrahim.

"Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini adalah Johor, yang dimiliki oleh Bangsa Johor dan ia milik semua kaum dan agama. Ini adalah negeri yang progresif, moden dan sederhana."


Memetik laporan akhbar The Star, Sultan menyelar pemilik kedai dobi itu sebagai "sakit", dan berkata keluarganya "sangat terkejut" berhubung insiden itu.


"Saya mahu pemilik meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor. Beliau telah membuat orang Johor sangat marah dan malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu."


Sementara itu, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengkritik langkah yang diambil oleh pengusaha dobi terbabit yang menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam sahaja.


Isnin lalu, Tunku Idris di Instagram memuatnaik gambar mengenai perkara itu dan menulis: “Betulkah perkara ini? Ini melampau. Saya terkejut.”


Dalam 2 catatan seterusnya, Tunku Idris memuatnaik gambar beserta teks: “Al-Quran menyebut, ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia’ dan bukannya ‘ucapkanlah kata-kata yang baik kepada orang Islam sahaja’.” - CARI

Quote nisako 27-9-2017 09:38 AM
la................................
Quote Carcosa 27-9-2017 09:42 AM
Akak setuju je dgn Sultan Johor. Melampau2. Kau fefeling kau suci langit ketujuh ratus kah, nak separate2 basuh baju? Memula dgn dobi, kalau tak stop, lepas ni apa pulak? Restaurant? Toilet? Path pejalan kaki??? *sila terima jari tengah dari akak*
Quote Pixie902 27-9-2017 09:46 AM
Agree with the statements by the Sultan of Johor...there's no place for religious extremists in this country.
Quote dizzzek 27-9-2017 09:49 AM

penyokong2 kedai dobi islam muar sila berhijrah ke afghan sekali


Quote cik_noreen 27-9-2017 09:49 AM
brapa bnyk thread da....
Quote Jorja 27-9-2017 09:50 AM
Teringat kt arwah Nik Aziz.. kalimah Allah utk semua.. rindu baca pasal arwah
Quote dizzzek 27-9-2017 09:50 AM

biar viralkan
kasi sedarkan penunggang agama
Quote LaksamanaBentan 27-9-2017 09:51 AM
Pindah kat Kelantan bolehla kot. 98% ore isle
Quote chazey 27-9-2017 09:51 AM
cik_noreen replied at 27-9-2017 09:49 AM
brapa bnyk thread da....

3 tered daaa setakat ni
Quote dizzzek 27-9-2017 09:53 AM
chazey replied at 27-9-2017 09:51 AM
3 tered daaa setakat ni

byk tered ada, tp cacai tiba2 buta
Quote kecimpret 27-9-2017 09:53 AM
dizzzek replied at 27-9-2017 09:49 AM
penyokong2 kedai dobi islam muar sila berhijrah ke afghan sekali

mungkin kat sana dorang akan lebih suci bersama2 geng taliban yg tembak budak ppuan yg nak gi sekolah
Quote chazey 27-9-2017 09:55 AM
dizzzek replied at 27-9-2017 09:53 AM
byk tered ada, tp cacai tiba2 buta

Yang pasti cacai2 sekelian CI takkan berani kutok bayangan Tuhannye.
Quote umbut 27-9-2017 09:58 AM
Duit yg bertukar tgn tu ko terima pulak.. over
Quote merrissa 27-9-2017 10:29 AM
Edited by merrissa at 27-9-2017 10:30 AM

boleh tak sultan p tgk pakcik kt kandang lembu tuh dulu baru bincang isu taliban ni....dua2 isu pon sama dah lama bertahun2....
Quote tayam 27-9-2017 03:14 PM
LaksamanaBentan replied at 27-9-2017 09:51 AM
Pindah kat Kelantan bolehla kot. 98% ore isle

kat kelantan pon xder dobi mcm tu..tp bagi aku, lantak la nk bukak dobi utk org islam ke, hindu ke, kristian kr, buddhist ke..ko nak pergi..ko pergi..xnak pergi dok diam2

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.150298 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top