Terpalit kontorversi membabitkan krisis rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun suatu ketika dahulu menjadikan nama usahawan kosmetik Joy Revfa semakin dikenali ramai.
Namun, tidak dinafikan Joy atau Siti Arifah Amin, 31, sememangnya seorang yang jelita dan memiliki raut wajah ayu. Tetapi, adakah kecantikannya itu asli dari dulu atau kesan daripada penggunaan kosmetik? Nah, gambar throwback zaman sekolah rendah ini membuktikan Joy memiliki kecantikan asli sejak zaman sekolah lagi! Terjumpa gambar Darjah 6, tahun 1999
Justeru, ramai pengikutnya memuji kecantikan yang dimiliki Joy sejak di bangku sekolah lagi. Mesti popular di sekolah Eh, sekejap! Dalam pada dihujani komen positif dan kata-kata pujian, ada pula netizen mengatakan Joy ada iras selebriti KPop. "Kenapa muka Joy ada iras Lisa Blackpink?" tanya netizen. Kredit foto: IG Joy Revfa Bagaimanapun, Joy yang tidak mengenali penyanyi berasal dari Thailand itu bertanya kepada pengikut di ruangan komennya mengenai selebriti berkenaan.
Siapa Lisa Blackpink? Jangan lepas ni Joy cuba berjinak dengan dunia seni pula, sudahlah. Tak tidur malam 'peminat susah mati' ahli kumpulan KPop itu asyik membandingkan mereka berdua nanti! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|