CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cegah Kencing Manis, Kerajaan Mungkin Kenakan Cukai Soda

27-8-2018 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3799| Komen: 34

Description: Sebagai langkah mengurangkan pengambilan gula, sekali gus mencegah penyakit kencing manis, minuman ringan mungkin akan dikenakan cukai soda, lapor Harian Metro.
Sebagai langkah mengurangkan pengambilan gula, sekali gus mencegah penyakit kencing manis, kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai soda, lapor Harian Metro.


Gambar Hiasan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan itu dipertimbangkan ekoran jumlah pengidap kencing manis yang sangat tinggi di negara ini.

“Kami mendapati terdapat sesetengah orang mengambil enam hingga tujuh botol minuman ringan sehari yang mana ia tidak diperlukan,” katanya.

Sementara itu, harga gula bertapis dilaporkan turun sebanyak 10 sen sekilogram iaitu RM2.85 sekilogram bagi gula pasir kasar dan RM2.95 sekilogram bagi gula pasir halus.

Pengumuman itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang berkuat kuasa 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penurunan harga itu selari dengan harga gula mentah di pasaran yang semakin menurun.

"Seperti sedia maklum, gula adalah barang kawalan yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

"Kali terakhir harga kawalan gula bertapis ini disemak pada 1 Mac tahun lalu," katanya. - CARI
14

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jcopy 27-8-2018 12:58 PM
haha

belum ada kajian yg confirmkan 100% pun gula penyebab diabetes

Quote cairel_azlie 27-8-2018 01:34 PM
dengan tax soda pop ni bkn setakat air manis jer yang naik harga...semua benda yg guna pemanis akan naik harga...ohh malaysia ku....
Quote tobby 27-8-2018 01:42 PM
kah kah kah...  klu krjn najib yg buat cukai ni maka berbakul2 la maki hamun dek mahacai
Quote R2D2 27-8-2018 02:28 PM
Quote Simunggu 27-8-2018 02:29 PM
niat bagus ...caranya salah...sayangi malaysia ku..
Quote insulin 27-8-2018 02:32 PM
Ada baiknya kalau penjualan makanan dan minuman manis ni diharamkan. Biar sama level dengan dadah. Boleh?
Quote R2D2 27-8-2018 03:05 PM
Cukai ke atas soda perlu atas faktor kesihatan - Tun M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar dikenakan cukai terhadap minuman soda, namun beliau menegaskan ia adalah atas faktor kesihatan,

Beliau berkata, kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.
“Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.

“Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu negara hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, mencadangkan supaya diperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Quote Nana_Man 27-8-2018 03:26 PM
Kalau org tu memang ketagih air manis2, cukai2 pun tkde makne. Tetap beli dan minum jgk.
Quote SWORKS27 27-8-2018 03:27 PM
itu je kau mampooooo
Quote highcastle 27-8-2018 03:30 PM
Nana_Man replied at 27-8-2018 03:26 PM
Kalau org tu memang ketagih air manis2, cukai2 pun tkde makne. Tetap beli dan minum jgk.

Betul bro, contohnya rokok. Dah berbelas ringgit harga sekotak tetap org cari dan hisap..........
Quote Nana_Man 27-8-2018 03:33 PM
highcastle replied at 27-8-2018 03:30 PM
Betul bro, contohnya rokok. Dah berbelas ringgit harga sekotak tetap org cari dan hisap..........: ...

I sis lah... hehe..  agree jgk ngan u, rokok mahal2 gitu pun org masih beli..
Quote julia5094 27-8-2018 03:41 PM
Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0 di ibu negara hari ini.

...kesemua tu..
Quote reyust 27-8-2018 03:45 PM
bangga giler dgn kenyataan PM ke 7 nie...
Quote MarryPottet 27-8-2018 03:57 PM

aku sebagai penggundi ph mmg sokong sangat cukai soda ni tanpa berbelah bagi. tapi hanya kenakan ke atas ph voters & supporters. for bngok voters & supporters tak payah bayar cukai soda. dan kalau boleh kita supply free flow soda kat mereka bior spesis macai cepat sikit pupus
Quote chazey 27-8-2018 04:00 PM
insulin replied at 27-8-2018 02:32 PM
Ada baiknya kalau penjualan makanan dan minuman manis ni diharamkan. Biar sama level dengan dadah. B ...

Hei, akak tak setujuh! Raya nanti camna nak makan biskut??! Boleh mati kay terutama ummah India, Melayu Kelantan, utara yang gila manis2!
Quote insulin 27-8-2018 05:15 PM
chazey replied at 27-8-2018 04:00 PM
Hei, akak tak setujuh! Raya nanti camna nak makan biskut??! Boleh mati kay terutama ummah India, M ...

Xpe sis. Kita makan kuih2 tawar tu dengan senyuman manis. Manis juga akhirnya...
Quote cairel_azlie 27-8-2018 05:30 PM
habeslah makanan orang pantai timur jadi tawar habehhh...
Quote R2D2 27-8-2018 05:38 PM
hilang la nikmat manis
Quote Foxey 27-8-2018 05:41 PM
Hadeh... But i like to drink sprite, grape and zappel, though not all the time...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.231872 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top