CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Mati Dalam Mesin Pengering

24-8-2018 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3710| Komen: 15

Description: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati di dalam mesin pengering pakaian di rumahnya, lapor Mail Online.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati di dalam mesin pengering pakaian di rumahnya, lapor Mail Online.


Kredit foto: FB

Lebih menyedihkan, Brantley Lloyd ditemui bapanya, Chet, di dalam mesin berkenaan di rumahnya di Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada 7 Ogos iaitu sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ketiganya.

Menurut bapa mangsa, mood kanak-kanak itu tidak baik hingga dia dikatakan muntah-muntah kerana asyik menangis pada malam sebelum kejadian.

Dalam wawancara bersama Virginian Pilot, Chet mendakwa dia tidak tahu apa yang sudah berlaku.


Kredit foto: FB/Mail Online


"Dia tidak memberi sebarang respon dan tubuhnya berpeluh serta sangat panas.

"Saya tidak tahu jika dia panik dan gagal keluar dari mesin itu. Dia menghidap asma," katanya.

Chet mendakwa, mangsa mungkin memanjat masuk sendiri ke dalam mesin pengering itu ketika dia sedang tidur.

Menurut laporan, kira-kira jam 5 petang, satu panggilan kecemasan dibuat, namun tidak dikenal pasti sama ada panggilan dibuat Chet atau individu lain.

Brantley tinggal dengan bapanya sejak setahun setengah lalu. Ibunya, Amanda Ray berkata, dia tidak faham dengan kematian anaknya.



"Ianya tidak masuk akal. Saya tidak faham bagaimana anak saya mati di dalam mesin pengering itu," katanya.

Chet bebas dari dakwaan dan punca kematian kanak-kanak itu masih dalam siasatan.

Namun, laporan mengatakan Chet diusir pemilik rumah selepas kematian anaknya, tetapi tidak dapat dikenal pasti puncanya. - CARI
8

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 24-8-2018 11:15 AM
Macam mana budak tu pandai masuk dalam dryer? Dah biasa main dalam tu ke
Quote matkpop 24-8-2018 11:22 AM
kesian nya
Quote armin 24-8-2018 12:30 PM
Um fishy nya alasan bapak dia. Apa kena mengena muntah2 malam sebelum tu dgn mati dlm mesin dryer? Berapa lama biar dlm mesin tu sampai budak tu blh mati? Bapak dia tak tgk langsung ke?
Quote Foxey 24-8-2018 01:12 PM
Kesian budak ni... Comel lak tu... May he rest in peace...
Quote fushimi 24-8-2018 01:26 PM
patutnya benda benda cam pengering pakaian ni patut kena letak dalam satu ruangan khas yang boleh dikunci

Quote minguk 24-8-2018 02:00 PM
kesian nya baby niiii
Quote putericahaya999 24-8-2018 02:09 PM
kalau kat malaysia harus berbakul kena kecam
Quote nbtech78 24-8-2018 02:16 PM
kegilaan apak kah ini....huuuhuuu
Quote SLAManya 24-8-2018 02:32 PM
tak faham lah story dia
mati sebab masuk dryer pastu apa kaitan dengan muntah2 malam tu?

bengap skit siang ni
Quote Supersirap 24-8-2018 03:06 PM
sepatutnya kawasan yang mempunyai mesin pengering dan mesin basuh baju perlu dimaklumkan kepada anak-anak bahawa kawasan tersebut adalah kawasan off limit untuk bermain
Quote jcopy 24-8-2018 03:09 PM
kaum ni memang tahu beranak mabam tikus je

mampos anak sorang, buat anak lagi sorang



Quote uda 24-8-2018 03:23 PM
Ada sorang makcik my office ni cerita. Satu masa tu cucu2 dia balik rumah dia and mereka bermain bersama2. Tiba2 dia nampak ada sorang tu dah masuk dalam washing machine. Nasib baik dia nampak if not abislah budak tu lemas sbb abang yang sorang tu dah nak tekan switch 'on'
Quote Sazida 26-8-2018 12:47 PM
Tah2 ank ko nanges ko taruk dlm tu.
Quote supikan 25-9-2018 09:36 PM
Allahu.. siannyaaaaa
Quote hanasensei 25-9-2018 09:58 PM
Fishy nya statement bapak dia..mak ayah dh divorce ker.. kalau budak tu pnjat masuk logic gak la..tp xkan budak tu plak yg tekan suis dryer.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.274271 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top