"Hari ini (Selasa), genap dua bulan sejak Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna, kurang 40 hari untuk mereka
menunaikan 10 janji 100 hari mereka." Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata demikian ketika mengulas mengenai 10 janji 100 hari PH. Menerusi Facebooknya, Shahril mendakwa sehingga hari ini, hampir kesemua janji berkenaan masih belum ditunaikan, tidak dilaksana atau ditangguhkan dengan memberikan beberapa alasan seperti penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN. "Peminjam yang disenarai hitam sebelum ini telah dibebaskan dari sekatan perjalanan, namun penangguhan bayaran sehingga gaji RM4,000 tidak dapat dilaksanakan atas alasan kedudukan kewangan negara," ujarnya. Menurutnya, penghapusan cukai GST masih belum terlaksana dengan hanya dikadar sifarkan dan tidak memberi kesan kepada penurunan harga barangan. "Janji menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar juga belum dilaksanakan, sebaliknya kembali kepada subsidi pukal yang memberi lebih banyak kelebihan kepada golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan yang memerlukan," katanya. Shahril juga mengulas mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing. "Tiada hasil kajian secara lanjut dibentangkan untuk apa-apa projek mega, sebaliknya kos pembinaan ECRL naik dari RM55 bilion kepada lebih RM80 bilion di bawah pentadbiran PH," ujarnya. - CARI Loading FB Post... |
15
Bagus |
9
Marah |
25
Terkejut |
22
Sedih |
7
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT