Bagi sesiapa yang rumahnya berdekatan laut pasti mengimpikan perkahwinan ala-ala mat saleh di tepian pantai, bukan? Tetapi, apabila memikirkan kos yang tinggi untuk menyewa kerusi dan meja, kelengkapan majlis serta tata rias yang ‘grand’ ditambah pula bajet bagi merakamkan hari bersejarah itu, terus terpadam hasrat di hati. Untuk membantu mengurangkan beban tersebut seorang pengguna Twitter berkongsikan tip diy untuk menghasilkan dekorasi majlis ‘beach wedding’ yang diimpikan. Tip ini boleh dipraktikkan bukan sahaja untuk majlis di pantai, malahan di dewan serta kediaman sendiri pun boleh.
Oleh kerana majlis diadakan pada waktu malam, Syahirah menggunakan botol goodies sedia ada sebagai candle holder. Kemudian, mengubah suai botol tersebut dengan dekorasi baru. Seterusnya menggunakan dulang nyiru sebagai dulang hantaran kerana harga lebih murah. Syahirah juga kreatif mereka sendiri bunga hiasan sebagai latar belakang! Selain itu, dia mendapatkan bantuan Platform e-dagang, Shopee untuk membeli peralatan pada harga lebih murah. Rakaman video dan hari bersejarah pula didapati daripada ahli keluarga terdekat yang menawarkan harga lebih murah. Ada yang berangan hendak buat ‘beach wedding’ ke selepas ini? Berangan memang boleh, tetapi perlulah rajin dan tekun seperti Syahirah. Bukan mudah merealisasikan impian tanpa kerja keras. Sekali seumur hidup je kan, apa salahnya mencuba. Semoga berjaya ya! - CARI
|
18
Bagus |
8
Marah |
27
Terkejut |
19
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 10-7-2018 12:55 PM
Macam mana nak baca kalau setakat tepek gambar kecil macamtu?
fazamania replied at 10-7-2018 01:01 PM
Ntah.. dasar pemalas wartawan cari yg bernama suzy ni..koserrr
ADVERTISEMENT