CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Ditangkap Selepas Disyaki Bunuh Lapan Bayi

4-7-2018 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3073| Komen: 14

Seorang pekerja penjagaan kesihatan ditahan kerana disyaki membunuh lapan bayi baru lahir dan cuba membunuh enam lagi mangsa di unit neonatal di sebuah hospital.

Memetik The Sun, Lucy Letby, 28, ditahan di kediamannya pada Selasa oleh pihak berkuasa yang menyiasat kematian 17 bayi di Hospital Countess of Chester, Cheshire.



Penangkapan Lucy itu mengejutkan rakan sejawatnya kerana dia dianggap sebagai jururawat yang bagus dan menyayangi kanak-kanak selain pernah membantu mengadakan kempen mengumpul dana secara besar-besaran bagi membina unit bayi di hospital berkenaan.

Menurut laporan, polis melancarkan siasatan ke atas bandar Chester bermula Mei tahun lalu yang memfokuskan kematian 17 bayi di hospital terbabit antara Mac 2015 dan Julai 2016.


Pasukan perubatan hospital berkenaan melakukan siasatan dalaman selepas mendapati peningkatan kematian bayi pramatang akibat masalah jantung. 

Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tompok merah pada kaki dan tangan kesemua mayat mangsa. Namun, pakar perubatan gagal mengenal pasti punca peningkatan kematian itu dan menghubungi polis untuk membantu siasatan pada 2017.

Jurucakap polis Paul Hughes berkata, siasatan kes berkenaan sangat rumit, namun pihaknya akan memastikan mereka berusaha untuk mendedahkan punca kematian mangsa.


Foto: The Sun

Sementara itu, Pengarah Perubatan hospital berkenaan, Ian Harvey berkata, pihaknya akan terus menyokong pasukan polis yang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

"Kami yakin unit ini selamat untuk terus beroperasi," katanya. - CARI
9

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-7-2018 03:02 PM
Ada masaalah mental ler tu sampai sanggup bertindak sebegitu.  
Quote munchkin 4-7-2018 03:03 PM
Speechless.

...jahat
Quote batmana 4-7-2018 03:10 PM
muke innocent aja..
Quote Orix 4-7-2018 03:19 PM
Mmg selalu yg psycopath muka innocent n nmpak nerd
Quote azwanaliori 4-7-2018 04:53 PM
Buat ritual seru syaitan mungkin duk korban bayi jah. Maklumlah kene guna darah manusia suci virgin tanpa dosa
Quote chazey 4-7-2018 04:54 PM
APSAL MANUSIA DUNIA INI RAMAI GILA BABI BANGSAT!
Quote fox. 4-7-2018 05:05 PM
lepas satu satu berita kekejaman terhadap baby, siann
Quote Zaien 4-7-2018 05:17 PM
ape la salah baby yg x berdosa ni??
Quote mrsLucky 4-7-2018 05:17 PM
17 orang bayi....kejamnya..
Quote LautBiru52 4-7-2018 09:14 PM
Mentalnya
Quote kroit92 4-7-2018 09:53 PM
wait, tompok merah pada tapak tangan & kaki?
so, macam mana dia bunuh mangsa2 tersebut?? mo?
itu persamaan terhadap semua mangsa di bawah jagaan dia eh?

dia ditahan kerana DISYAKI kan?
masih belum disabit kesalahan eh? why eh? bukti tak cukup eh?
pihak hospital, medics and police masih menyiasat, lama tu,
ini mungkin bukan kes calang2 pembunuhan bersiri kut.

eh? eh? eh?
curious kan?
Quote moonbug 5-7-2018 12:19 AM
Mcm mana dia bunuh semua baby tu sampai doktor pun tak tau punca?
Quote chicozinn 5-7-2018 10:00 AM
hari2 citer sal bunuh bayi ni dah kenapa?da la semalam aku kemurungan citer sal baby dlm freezer tu..hmm
Quote shernazz 5-7-2018 10:02 AM
Bukan ke nicu biasanya dipenuhi cctv utk.elakkan penculikan baby?
Xkan xde cctv?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040533 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top