Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cuba membunuh diri dengan meminum racun jenis paraquat yang ditemuinya di dalam tandas sebug sekolah di Buntong, Ipoh.
Harian Metro melaporkan, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sekepas mengalami muntah. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, “Pada mulanya mangsa mendakwa seorang lelaki datang dari belakang secara tiba-tiba lalu mencekik lehernya dan menuang cecair ke mulutnya ketika sedang membuang air kecil di tandas sekolah. “Mangsa mendakwa dia meronta cuba melepaskan diri lalu lari ke dalam kelas tanpa melihat suspek. Walau bagaimanapun hasil penyiasatan tidak menjumpai sebarang berkas berisi racun . Ragu dengan keterangan mangsa, pegawai penyiasat mengambil keterangan sekali lagi. Mangsa kemudiannya mengaku tiada suspek yang memasukkan cecair ke dalam mulutnya sebaliknya dia meminumnya sendiri. “Pelajar itu memberitahu racun itu tersimpan di dalam botol di atas sinki di hadapan tandas sekolah, yang botolnya dibuang ke dalam longkang selepas meminumnya." Pelajar tersebut ada memberitahu bapa saudaranya namun enggan memberitahu keluarga kerana bimbang dimarahi. “Perkara sebenar hanya diketahui oleh bapa mangsa, bapa saudara dan ibu saudara mangsa, namun kesemuanya enggan memberitahu ibu mangsa mengenainya disebabkan bimbang ibu mangsa tidak boleh menerima kenyataan.” Difahamkan mangsa tiada sebarang masalah percintaan, keluarga, permusuhan atau dengan sesiapa di sekolah. “Ibu bapa mangsa tidak bercerai, tetapi tidak duduk bersama." Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. -CARI
|
5
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Ibu bapa mangsa tidak bercerai, tetapi tidak duduk bersama."
mawarika replied at 2-7-2018 03:48 PM
Rugi ko bunuh diri dik. Nikmat dunia ko tak merasa lg. Akak syorkan ko lupakan masalah.. pegi enjoy. ...
Dwdrum replied at 2-7-2018 12:51 PM
Gila @sam1528 tidak mahu sedekah qurma pada adik ini kah supaya cepat sembuh ?
ADVERTISEMENT