CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Tergelak Dengan Idea Kreatif Netizen Kenakan Scammer

19-6-2018 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10639| Komen: 22|Original author: Oleh: Whitney



Pelbagai cara dilakukan scammer bagi mendapatkan wang daripada mangsanya. Ramai netizen sudah terkena dengan pelbagai taktik penipuan scammer, sekali gus membuatkan netizen lain yang belum terkena mengambil langkah berjaga-jaga.

Lucunya, ada beberapa kes yang netizen pula mengenakan scammer apabila menyedari mereka sedang berhubung dengan scammer. Seorang pengguna twitter menaikkan status perbualan rakannya dengan scammer dari Indonesia. Tetapi, cubaan scammer tersebut gagal apabila rakannya awal-awal lagi dapat mengesan aktiviti penipuan tersebut.



Netizen ini mengenakan scammer tersebut dengan memberikan gambar resit yang ditulis dengan tulisan tangan kerana 'kertas resit sudah habis'.



Scammer itu tidak berpuas hati dan tetap meminta resit asal yang dikeluarkan dari mesin ATM


Lagi sekali netizen ini mengenakan scammer tersebut dengan menghantar gambar segelas air kopi setelah dia diminta menghantar salinan resit. Akhirnya nombor netizen tersebut disekat oleh scammer.



Rata-rata netizen terhibur dan berasa ia sangat melucukan. Memang patut scammer itu dipermainkan sebegitu kerana sikapnya yang suka menipu orang ramai.





Netizen juga marah dengan aktiviti scammer yang seolah-olah tidak ada kerja lain dan asyik menipu orang sahaja.





Ramai netizen yang tidak dapat menahan tawa apabila melihat gambar segelas kopi yang dihantar kepada scammer itu. Kreatif sungguh idea netizen mengenakan scammer yang cuba menipunya.


Foto: Twitter

Harap, kalian dapat berhati-hati apabila menerima panggilan atau mesej daripada orang yang tidak dikenali. Perasaan curiga perlu ada agar tidak menjadi mangsa dengan aktiviti penipuan scammer yang semakin licik dan berleluasa. - CARI

8

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi 19-6-2018 12:38 PM
gigih gak nak scam org mcm ne pun
Quote missinpiece 19-6-2018 12:58 PM
Selalu je dpt scammer camni. Iols pas je number kat ruangan berkenalan.
Quote missDollie 19-6-2018 01:05 PM
comel jer..lembut jer kau kenakan orang..
Quote nuerulcayang 19-6-2018 03:20 PM
slalu kena.....aku cakap kt scammer tu ..nak duit g keje....hihi
Quote Zaien 19-6-2018 03:34 PM
mmg patut pun kena cmtu.. scammer ni xde keje agknya..
Quote rosasen 19-6-2018 04:01 PM
kih3... betul la tu foto kopi
Quote Mamaperdana 19-6-2018 04:26 PM
Aku pun penah dpt call. Aku ckp nnt aku hntr saka.. Dia tanya balik apa tu saka..haha
Quote sapeka 19-6-2018 07:08 PM
hahaha
aku terhibur
5 bintang aku bagi
Quote mujer_in_espejo 19-6-2018 10:30 PM
*foto kopi*
x terpikir pon yg ni haha
Quote makkenits 20-6-2018 09:16 AM
aku syok pekena scammer mcm ni... esp yg menyamar jadi polis dan call bgtau aku ada terlibat dgn kes xcident langgar lari di sekian-sekian negeri.. dia suruh aku gi balai di sekian-sekian negeri (selalu area kl).. aku layan je sampai part dia bgtau hasil semakan dia, aku terlibat jugak dgn kes fraud dan ada waran tangkap.. kena byr duit sekian2 bnyk sbg jaminan aku x lari semasa kes dlm siasatan.. part ni aku senyum je..

1) selalu aku kata aku akan check dgn CPO di negeri aku kebetulan aku pun akan jumpa CPO masa meeting.. part ni ada scammer yg blur sbb x tau CPO tu apa.. how can u be a real police if u don't know what is a CPO??  nak menyamar pun biar cerdik..

2) time aku malas nak  melayan, bila dia sebut aku ada waran kesalahan trafik or kes xcident langgar lari aku terus potong je cakap dia yg aku tgh driving.. satgi REAL polis saman aku, ko nak tolong bayar ke apa???

3) time aku tgh bad mood, mmg free je kena maki sebelum dia sempat sebut xcident langgar lari..
Quote dekmieDandy 20-6-2018 10:15 AM
dulu selalu gak aku reply kat scammer ni

lately ni maleh dah, report and block je
Quote AznieBunnie 20-6-2018 10:26 AM
pernah buat tapi dalam email. ni geng-geng awang gelap.
minta macam-macam.
last dia minta buka akaun bank. kena bayar fee kat dia.
saya cakap, saya bagi akaun bank hsbc je la sbb international pun.
dia kata tak boleh. UK tak pakai akaun tu.
saya replied, HQ opis saya kat Chiswick kot, UK tu. elok je gaji masuk. saya tambah, nak menipu pun agak-agak la. ingat org Malaysia bodoh dok dalam gua ke?
terus dia tak reply email saya dah.
Quote aderaderker 20-6-2018 11:53 AM
Nak jadi scammer tapi bodohnya ya tuhan
Quote cassriena 20-6-2018 05:53 PM
mula2 baca iols x dpt tangkap yg ada pic kopi tu... lps sel2 otak berhubung barulahh fahammm.
Quote RatuDunia94 2-7-2018 02:15 AM
Aritu iols dpt call dr scammer. Dia kata iols ada hutang dgn hong leong bank. Pastu iols tanya dia call dr mana. Dia ckp bank cawangan Alor Star.. Sah2 menipu sedangkan iols duk johor.. Pastu minta no ic. Iols bg no ic tipu. Tiga kali dia minta ulang, tiga kali iols bg no lain2.. Last2 dia ckp pukimakbasi.. Iols terus gelak.. Haha bodoh.
Quote yeos 2-7-2018 08:04 AM
hahaha lawak foto kopi kakek
Quote orgsepang 3-7-2018 06:37 PM
Bahan hiburan petang yang memenatkan
Quote azimodin 4-7-2018 04:58 PM
hehee.. kadang2 bila xde kerja or tengah stress, aku layankan jugak scammer ni. yang kerap call ejen "kutip bayaran tertunggak celcom". dah tentu2 la aku overpaid bil tiap2 bulan, bila masa pulak tertunggak. siap cakap akan hantar lawyer bagai, aku balas "saya tunggu tau".
Quote exclusive_vvip 4-7-2018 05:05 PM
Hahaha...lawak la...rajin dia  melayan scammer tu...i penah beberapa kali dapat, i tak reply pape, block trus...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.099391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top