Disebabkan tidak mampu dan terbeban dengan masalah hutang, seorang ibu sanggup mencekik dua anaknya sehingga mati. Elena Karimova, 27, yang popular di Instagram bukan sahaja mencekik malah turut membakar anak perempuannya, Khadiza, 4 dan anak lelakinya Suleiman, 2.
The Mirror melaporkan, kejadian yang berlaku di Nizhny Novgorod, di barat Rusia itu menyaksikan Elena membeli petrol di stesen minyak dan kedua-dua mangsa dibawa ke kawasan hutan sebelum dibakar bagi menghilangkan bukti. Tidak cukup dengan itu, Elena juga memasukkan mayat anak-anaknya yang rentung dan dibawa pulang ke rumah. Keesokannya dia membawanya ke sebuah gudang sebelum membakarnya semula.
Perbuatan Elena yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik itu disedari selepas bomba datang untuk memadamkan kebakaran di gudang berkenaan. Seorang saksi berkata bomba mulanya menyangka ia adalah bangkai anjing yang rentung, namun kemudian menyedari ia adalah mayat kanak-kanak. “Mayat itu rentung sepenuhnya dengan hanya satu kaki saja tinggal, menyebabkan agak sukar untuk mengenal pasti jantina mereka." Elena kemudiannya ditangkap selepas keretanya ditemui berhampiran tempat kejadian. Dia dan suami telah bercerai beberapa bulan lepas dan sejak itu Elena terpaksa menanggung hutang serta membesarkan anak-anaknya seorang diri. -CARI |
20
Bagus |
6
Marah |
18
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT