Sebuah kilang pembuatan kopi di daerah Dak nong, Vietnam diserbu pihak polis dan pemeriksa makanan selepas menerima aduan daripada orang awam.
The Star melaporkan, kilang tersebut dipercayai mencampurkan bateri terpakai, debu batu dan kotoran dalam proses penghasilan kopi. Sewaktu serbuan, 12 tan kopi yang tercemar telah dirampas, bersama-sama dengan 35 kg serbuk berwarna hitam, dipercayai diekstrak daripada bateri terpakai. Sumber menambah, pihak berkuasa turut menemui satu baldi cecair hitam seberat 10kg yang belum dapat dikenal pasti kandungannya. Semasa sisasatan dijalankan, pemilik kilang yang dikenali sebagai Nguyen Thi Loan itu mengaku membeli biji kopi reject dengan harga murah dan kemudian mengisarnya dengan debu dan kotoran. Difahamkan kilang ini sudah bertahun-tahun beroperasi dan tahun ini sahaja sudah tiga tan kopi masuk ke pasaran. Pakar kimia dari Vietnam National University, Profesor Madya Tran Hong Con berkata, kopi tercemar itu boleh menyebabkan kerosakan otak selain halusinasi dan kematian. -CARI
|
4
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dwdrum replied at 20-4-2018 01:34 PM
Acid gel di kisar sekali pernah minum tapi coffee yang di kisar sendiri ...
idakamaruddin replied at 20-4-2018 02:30 PM
agaknye dh brp ramai rakyat msia tercemar minum kopi vietnam ni..dh la kalau g sana benda wajib minu ...
ADVERTISEMENT