CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Demi Cinta, Remaja Lelaki Ini Tidak Kisah Mengahwini Nenek 72 Tahun..

20-4-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5262| Komen: 23|Original author: Oleh: Amiey

Description: Memang benarlah seperti yang dikata bahawa cinta itu buta kerana cinta tidak mengenal paras rupa, umur atau status. Pasangan suami isteri yang tinggal di Maryville, Tennessee ini merupakan antara ...
Memang benarlah seperti yang dikata bahawa cinta itu buta kerana cinta tidak mengenal paras rupa, umur atau status. 

Pasangan suami isteri yang tinggal di Maryville, Tennessee ini merupakan antara contoh betapa kuatnya kuasa cinta dan kasih sayang sehingga mampu merobohkan segala jurang pemisah diantara mereka. 



Gary Hardwick,19 telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang berusia 72 tahun iaitu Almeda. Walaupun usia mereka jauh berbeza sebanyak 53 tahun, ianya bukanlah penghalang untuk mereka menyayangi satu sama lain.

Pasangan ini berjumpa buat pertama kalinya ketika majlis pengebumian salah seorang anak lelaki kepada Almeda, Robert yang meninggal pada usia 45 tahun dua tahun yang lepas. Pada ketika itu, Almeda dan Gary masing-masing berusia 71 dan 17 tahun. 


Foto: Mirror.uk
Mereka bagaimanapun tidak terus bersama sehinggalah dua bulan kemudian apabila isteri kepada mendiang Robert menjemput mereka bagi menghadiri jamuan keluarga. Gary yang ketika itu kebetulan baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya yang berusia 77 tahun, mengakui jatuh cinta dengan Almeda.

Apa yang menariknya, Almeda turut mempunyai perasaan yang sama seperti Gary. Selepas bercinta selama dua minggu, Gary melamar Almeda dan mereka bernikah 6 hari kemudian dalam acara yang cukup sederhana. 

"Jika anda benar-benar mencintai seseorang, umur itu hanyalah sekadar angka," ujar Almeda seperti yang dipetik dari laporan Mirror.Uk.

Menurut Gary, dia tertarik dengan kecantikan Almeda yang mempunyai mata biru yang cantik serta personalitinya yang ceria. 

"Saya tak pernah merasa kekurangan semenjak berkahwin dengan Almeda," ujar Gary. 

Gary turut memberitahu Mirror.uk bahawa dia tidak pernah tertarik dengan wanita muda dan ketika usianya 13 tahun dia sudah mula menunjukkan minat pada wanita yang lebih berusia, malah neneknya juga dapat menerima pilihan hatinya itu. 

Foto: Mirror.uk
Walaupun tahu ramai pihak tidak dapat menerima hubungan mereka,termasuklah anak Amelda sendiri yang sehingga kini enggan bercakap dengan Amelda kerana tidak setuju dengan hubungan mereka, namun pasangan romantis ini tetap merasa bahagia dengan keputusan yang dibuat. 

Foto: Mirror.uk

Salah seorang cucu Amelda turut mengakui yang dia kekok menerima datuk tiri yang tiga tahun lebih muda darinya. Namun setelah melihat kebahagiaan neneknya, dia akhirnya dapat menerima Gary sebagai sebahagian dari keluarga mereka. 

Bak kata orang, kalau sudah sayang tiada apa yang dapat menghalang. Apa pula pendapat anda? -CARI 
14

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 20-4-2018 12:29 PM
Wlupun nenek masih nampak cantik jelita.
Quote fushimi 20-4-2018 01:19 PM
harap ketat
Quote sufi^_^ 20-4-2018 01:27 PM
Tak delah nampak macam 72.

Btw si gary memang tasty kat nenek2 ke camana?
Bekas kekasih pun 77.
Quote mieymiey 20-4-2018 01:44 PM
Gary yang ketika itu kebetulan baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya yang berusia 77 tahun, mengakui jatuh cinta dengan Almeda.


So, dia ni memang fetish kat wanita berumur (nenek) la kan?
Quote grizz 20-4-2018 02:10 PM
wah..tahniah la yek..
Quote Artemesiaa 20-4-2018 02:12 PM
Dia punya suka keluarga pun tak menghalang ok ler tu.  
Quote buapakperut 20-4-2018 02:59 PM
wah nenek wat perasmian vurgin . nampak helok sikit dari couple indon bibir itam pekat tu
Quote prettyuglybabe 20-4-2018 03:20 PM
so nenek ni tak dikira pedo ek?

apa pun.. untung la si gary
Quote Cari-Amiey 20-4-2018 04:52 PM
prettyuglybabe replied at 20-4-2018 03:20 PM
so nenek ni tak dikira pedo ek?

apa pun.. untung la si gary

hahahahahahah adesss.. kenapa Gary pulak yang untung? haha
Quote Cari-Amiey 20-4-2018 04:54 PM
sufi^_^ replied at 20-4-2018 01:27 PM
Tak delah nampak macam 72.

Btw si gary memang tasty kat nenek2 ke camana?

heheh dia mmg suka yang berusia.. taste dia la tu. hiks
Quote afie_m 20-4-2018 04:54 PM
jodoh x kira rupa..usia..
Quote nafham 20-4-2018 05:00 PM
Xde apa pun dengan kawen partner yg berusia. Its all about love. Meleis je yg mentaliti dia kena couple dgn range umo yg sama. Walhal to be with someone, we dont look onto their age n ghupa, as long as you happy to be with that person, slalu rasa sejuk mata bila tengok dia, then percaya dengan orang gini lah yang boleh membahagiakan selama mungkin, then go ahead lah. Hujung2 kebahagiaan yg kau kecapi milik kau, bukan ummah2 yg duk bisik2 belakang kau. {:shy
Quote fazamania 20-4-2018 05:11 PM
Nenek ni lagi cantik dari kak zai 60kg tuh
Quote kroit92 20-4-2018 06:13 PM
aku lagi kagum tengok beard budak tu

macam dia jaga elok je janggut jambang dia orbit muka dia camtu eh?

janggut aku tumbuh melata bersepah-sepah, payah nak jaga camtu
last2 cukur bagi licin je, ada sejemput janggut kat dagu

(lari topik, lol)
Quote fliphair8 20-4-2018 06:16 PM
Nenek pun ade jodoh.....sedih {:childlike
Quote sufi^_^ 20-4-2018 07:26 PM
fliphair8 replied at 20-4-2018 10:16 AM
Nenek pun ade jodoh.....sedih {:childlike

Tunggulah...mana tahu jodoh uols belum lahir lagi
Quote sufi^_^ 20-4-2018 07:26 PM
fazamania replied at 20-4-2018 09:11 AM
Nenek ni lagi cantik dari kak zai 60kg tuh

Haha...i pun pikir cam tu
Quote fliphair8 20-4-2018 10:35 PM
sufi^_^ replied at 20-4-2018 07:26 PM
Tunggulah...mana tahu jodoh uols belum lahir lagi

Paedo laaaa aku jawabnyaaa.....bersilat mak aku nanti...hahhahha
Quote giyomi 21-4-2018 11:34 AM
syg lah sgt...jaman sekarang ramai jantan2 anak hekan yg sanggup dgn org tua asal berduit...pas dpt duit, senang lenang hidup dan bole cari yg ketat. dlm kes ni, jantan ni mmg taste kat org berumur, terjamin masa depan kaedahnya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.315890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top