Tiada orang yang tidak menginginkan wajah cantik tanpa jerawat dan jeragat. Tetapi, tidak ramai mengetahui bagaimanakah caranya agar dapat mengekalkan kulit wajah lincin dan sihat tanpa dihuni jerawat.
Jerawat juga berpunca daripada pemakanan yang tidak terjaga serta keadaan persekitaran anda. Jadi, bila wajah yang mulus sudah dihinggapi jerawat, apakah langkah-langkah perlu diambil bagi mempercepatkan proses membunuh jerawat tersebut? Disini ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk menghapuskan jerawat dengan cepat dan berkesan seperti dipetik dari Vemale.com: 1) 'Terlebih' skrub Nah! Bila wajah sudah dinodai jerawat, maka anda perlu berhati-hati ketika mencuci wajah. Oleh itu, gunakanlah skrub bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Tetapi, janganlah terlalu kasar ketika menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan wajah anda bertambah parah. 2) Kulit kering Ketika wajah dihuni jerawat, anda seharusnya menjaga kelembapan kulit agar ia dapat menjadikan kulit wajah bertambah sihat dan cantik serta dilindungi. 3) Stres Tahukah anda? Sang jerawat yang wujud di wajah anda akan menjadi penghuni yang lebih lama di saat anda stres. Untuk menghapuskannya dengan cepat, jangan selalu stres, okey! 4) Memicit jerawat Haip! Yang ini siapa saja yang tidak buat? Boleh dikatakan, hampir semua dari kita gatal tangan untuk memicit jerawat yang muncul di wajah, bukan? Tahukan anda dengan memicit jerawat, ia bukan sahaja melambatkan proses pemulihannya, malah membuatkan wajah semakin parah! Jadi, hentikan memicit jerawat anda! 5) Kerap membasuh muka Kerap membasuh muka juga akan mengakibatkan kulit muka menghasilkan lebih banyak minyak, sekali gus menjemput kaum kerabat jerawat yang lain! Jadi, elakkan membasuh muka dengan kerap ya! 6) Cermin mata kotor Dengan memakai cermin mata yang kotor juga adalah salah satu penyebab jerawat muncul di wajah anda ya! 7) Membiarkan sisa mekap di muka Foto: Republika.co.id Pasti ramai seperti ini, bukan? Kalau sudah penat seharian dan pulang lewat malam, memang cepat layu bila ternampak katil. Kalau tidak mahu jerawat singgah di atas wajah, rajinkanlah diri untuk mencuci sisa mekap di wajah. Alah, lima minit sahaja, bukan lama mana sangat. Anda juga dinasihati untuk mengelakkan makanan berminyak dan makanan segera! Bukan sahaja tidak baik untuk kulit muka, malah ia akan mempengaruhi kesihatan anda juga. - CARI
|
22
Bagus |
7
Marah |
23
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BoongaKertas replied at 17-4-2018 10:46 AM
kdg2 penat sangat sampai rumah tgh malam, malas nak cuci mekap. adoiyai! buruk perangai betul diri s ...
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...
grizz: iolss dlu suke picit jerawat..sbb klu xpicit lame la die betapak kt muke iolss..rimas den..so picit..picit..wlpn hakikatnye geli geleman..
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...
menah replied at 18-4-2018 09:01 AM
wet tissue ke maksud sis?
cermin kene tinted ni kalau tak tgh2 lap org sebelah tengok pelik jer. ...
ADVERTISEMENT