CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3375|Reply: 14

Jangan Harap Wajah 'Flawless' Tanpa Jerawat Kalau Masih Lakukan Perkara Berikut!

  [Copy link]
Post time 17-4-2018 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Tiada orang yang tidak menginginkan wajah cantik tanpa jerawat dan jeragat. Tetapi, tidak ramai mengetahui bagaimanakah caranya agar dapat mengekalkan kulit wajah lincin dan sihat tanpa dihuni jerawat.


Jerawat juga berpunca daripada pemakanan yang tidak terjaga serta keadaan persekitaran anda. Jadi, bila wajah yang mulus sudah dihinggapi jerawat, apakah langkah-langkah perlu diambil bagi mempercepatkan proses membunuh jerawat tersebut?


Disini ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk menghapuskan jerawat dengan cepat dan berkesan seperti dipetik dari Vemale.com:




1) 'Terlebih' skrub


Foto: Stylecaster.com





Nah! Bila wajah sudah dinodai jerawat, maka anda perlu berhati-hati ketika mencuci wajah. Oleh itu, gunakanlah skrub bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Tetapi, janganlah terlalu kasar ketika menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan wajah anda bertambah parah.


2) Kulit kering


Foto: Verbiena.com




Ketika wajah dihuni jerawat, anda seharusnya menjaga kelembapan kulit agar ia dapat menjadikan kulit wajah bertambah sihat dan cantik serta dilindungi.


3) Stres


Foto: commerage.ru




Tahukah anda? Sang jerawat yang wujud di wajah anda akan menjadi penghuni yang lebih lama di saat anda stres. Untuk menghapuskannya dengan cepat, jangan selalu stres, okey!




4) Memicit jerawat


Foto: wom.my/kecantikan/hilangkan-jerawat-batu





Haip! Yang ini siapa saja yang tidak buat? Boleh dikatakan, hampir semua dari kita gatal tangan untuk memicit jerawat yang muncul di wajah, bukan? Tahukan anda dengan memicit jerawat, ia bukan sahaja melambatkan proses pemulihannya, malah membuatkan wajah semakin parah! Jadi, hentikan memicit jerawat anda!




5) Kerap membasuh muka


Foto: Azhan.co/panduan-lengkap-penjagaan-wajah-yang-betul/





Kerap membasuh muka juga akan mengakibatkan kulit muka menghasilkan lebih banyak minyak, sekali gus menjemput kaum kerabat jerawat yang lain! Jadi, elakkan membasuh muka dengan kerap ya!


6) Cermin mata kotor


Foto: Wikipedia.org





Dengan memakai cermin mata yang kotor juga adalah salah satu penyebab jerawat muncul di wajah anda ya!




7) Membiarkan sisa mekap di muka


Foto: Republika.co.id



Pasti ramai seperti ini, bukan? Kalau sudah penat seharian dan pulang lewat malam, memang cepat layu bila ternampak katil. Kalau tidak mahu jerawat singgah di atas wajah, rajinkanlah diri untuk mencuci sisa mekap di wajah. Alah, lima minit sahaja, bukan lama mana sangat.



Anda juga dinasihati untuk mengelakkan makanan berminyak dan makanan segera! Bukan sahaja tidak baik untuk kulit muka, malah ia akan mempengaruhi kesihatan anda juga. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 10:41 AM | Show all posts
iolss dlu suke picit jerawat..sbb klu xpicit lame la die betapak kt muke iolss..
rimas den..so picit..picit..wlpn hakikatnye geli geleman..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:46 AM | Show all posts
kdg2 penat sangat sampai rumah tgh malam, malas nak cuci mekap. adoiyai! buruk perangai betul diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:36 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 17-4-2018 10:46 AM
kdg2 penat sangat sampai rumah tgh malam, malas nak cuci mekap. adoiyai! buruk perangai betul diri s ...

aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil drive sambil tenyeh.. sampai rumah bilas je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:40 AM | Show all posts
Sisa makeup selalunya penyumbang terbesar sebab tu kena pastikan dah dibersihkan betul2 tak boleh malas kalau tak nak ada jerawat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Picit jerawat dulu2 laa..geram tgk..skrg ada sebijik dua naik kt hidung,kdg2 picit kdg2 x sbb ssh nk picit..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2018 12:28 PM | Show all posts
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...

meols malas weh. hahahaha! sampai2 rumah terus landing atas bean bag dpn tv and tv on sampai ke pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 03:52 PM | Show all posts
Macamana floles pun i, tiap kali period mesti timbul jerawat yang akhirnya tinggalkan parut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 06:03 PM | Show all posts
kalau tak mengorek jerawat, pasti white head jd mangsa aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
grizz: iolss dlu suke picit jerawat..sbb klu xpicit lame la die betapak kt muke iolss..rimas den..so picit..picit..wlpn hakikatnye geli geleman..

iols pun gatal je nak picit. sampai melecet kulit paksa isi tu kluar. kadang tengok jerawat orang pun geram nak picit.suka tengok video pimple poppers time bosan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:01 AM | Show all posts
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...

wet tissue ke maksud sis?
cermin kene tinted ni kalau tak tgh2 lap org sebelah tengok pelik jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 11:13 AM | Show all posts
menah replied at 18-4-2018 09:01 AM
wet tissue ke maksud sis?
cermin kene tinted ni kalau tak tgh2 lap org sebelah tengok pelik jer. ...

yes dear..wet tissue tula..makeup remover .. org tak perasan pun wlu cermin keta tinted dlm 70%..sis pernah je nampak pompuan mekap dlm keta sambil tunggu turn nak byr tol..ada je yg tengok2 jgk..especially lelaki la..mcm pelik gitukan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tido kena cukup kalau nak muka flawless
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 06:00 PM | Show all posts
8) Memakai pencuci muka.

Masa aku zaman remaja dlu, muka mmg byk jerawat. Dh macam2 produk try tp still byk. Last2 aku berhenti terus pakai ape2. Baru start ok lepastu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 02:48 PM | Show all posts
Edited by JustineFoong at 23-7-2019 02:51 PM

Sebenarnya, sebab kulit dijangkit jerawat kalau kerap basuh muka bukan kerana kulit menghasilkan minyak yang lebih akibat minyak terlampau dibuang dari kulit tetapi kerana ia mengganggu kulit anda dan mengakibatkan tindak balas imun yang melampau. (skin has no oil-feedback loop).

Kalau ini berlaku boleh cuba guna minyak asli untuk menangkan kulit, contohnya argan oil atau coconut oil (pure argan oil malaysia)

Sebab lain kerap muka menyebabkan jerawat dan kulit radang ialah kerana aktiviti ini akan membuang minyak sebum daripada kulit yang berfungsi sebagai "skin barrier" yang menghalang kuman memasuki kulit (menyebabkan jerawat meradang) dan memelihara kelembapan kulit (moisturizer).   

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.472401 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list