CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Tumit Kaki Cantik Dan Menawan? Cuba Cara Ini, Percuma Je

12-4-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 4365| Komen: 10|Original author: Oleh: Has

Description: Kaki merupakan bahagian yang penting buat kaum wanita.
Kaki merupakan bahagian yang penting buat kaum wanita. Akan tetapi, keadaan kaki yang merekah sering kali mengganggu hidup anda? Tidak mampu untuk membuat rawatan yang mahal-mahal? Nah, di sini  ada caranya untuk mendapat kaki yang cantik dengan hanya menggunakan bahan yang semulajadi. Nak tahu dengan lebih lanjut, mari baca artikel yang dipetik dari Vemale.com ini.


Kaki cantik dengan hanya menggunakan bahan berikut:

1) Lemon

Foto: Arbamedia.com
Senang saja, anda hanya perlu meletakkan hirisan lemon kedalam air hangat dan kemudian rendamkan kaki anda. Biarkan sehingga lima hingga sepuluh minit dan selepas itu anda hanya perlu menggosok tumit anda dengan berus bagi mendapatkan tumit kaki yang cantik dan selamat tinggal kulit kaki yang pecah!


2) Air mawar

Foto: Deherba.com
Campurkan air mawar bersama dengan gliserin dan letakkan dikaki anda sebelum tidur. Amalkan secara rutin bagi mendapatkan kulit kaki yang lembab.

3) Madu

Foto: Bottegadelleapi.com
Anda hanya perlu mencampurkan madu bersama dengan air hangat kemudian rendamkan kaki anda kedalamnya. Selepas itu, gosokkan secara perlahan-lahan dibahagian kulit kaki yang pecah bagi mendapatkan tumit kaki yang menawan.

4) Air beras

Foto: Facetofeet.com
Untuk pengetahuan anda air beras boleh melembabkan kulit kaki anda. Jadi, anda hanya perlu mencampurkan air beras tersebut bersama dengan  madu dan cuka. Seperti biasa, selepas itu anda perlu menggosok kaki anda. Seterusnya biarkan ia beberapa minit sementara anda ingin membilasnya. Anda boleh melakukannya seminggu sekali bagi mendapatkan kulit kaki yang lembab dan cantik.

Bagi mendapatkan kulit tumit yang sentiasa cantik dan lembab, anda perlulah mengamalkannya secara rutin. Semoga bermanfaat! -CARI
26

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-4-2018 12:48 PM
kdg2 x sempat habiskan hirisan lemon.. so lps ni bolehlah buat sental kaki plk hihi
Quote manjalara_01 12-4-2018 04:41 PM
lemon tu dpt bunuh bakteria betul ke?
Quote sabar_sabariah 13-4-2018 08:52 AM
Air beras tu sng. memang tiap hari ada.
tapi nak kena campur madu plak..
mahal weh madu nak jadi buat basuh kaki
sayang plak rasanya
Quote dakewa 13-4-2018 10:36 AM
Tiap2 malam sebelum tido i sapu vaselin jah. Tiada lagi tumit kaki pecah. Mase tumit kaki merekah2 teruk, i sapu vaseline dlm kuantiti yg agak byk sblum tido. Skrg ni dah okay still sapu tp light2 jah.
Quote Artemesiaa 13-4-2018 12:09 PM
Tip berguna dan bahan2 pun mudah diperolehi.  Apa2 kena rajin jaga kebersihan kaki kalau nak tumit cantik dah tak merekah
Quote Mooverine 14-4-2018 10:28 AM
Saya ada try yang lemon tu.. Memang bagus,sebab dapat mencerahkan kaki juga.. saya ambil kulit lemon tu lepas tu gosok-gosok kat kaki dan kuku kaki. Tapi selepas rendam kaki tu dengan lemon, kena sapu lotion lah sebab macam mengeringkan kulit.
Tapi lama dah tak buat sebab malas...
Quote eddlyna 14-4-2018 06:20 PM
I pun ada try yg vaseline tu.. mmg elok.. tapi mula2 rajin.. lama2 malas.. tak istiqomah kekdahnya..
Quote zaliza 11-6-2018 09:14 AM
sebenarnya apa-apa petua ok je kan.. janji istiqamah

u/p: Peringatan untuk diri sendiri juga ni..
Quote izamdgreat 9-7-2018 02:51 PM
Edited by izamdgreat at 9-7-2018 02:56 PM

Boleh baca juga tips ni
  1. http://seokecantikan.blogspot.com/2018/07/penjagaan-kaki-supaya-cantik-dan-sihat.html
Copy the Code

Quote BlueRose99 30-8-2019 04:16 PM

Hakak dah duatiga botol sapu Vaseline ni kat tumit sebelum tidur. Alhamdulillah, tumit merekah atau pecah takde.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.284961 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top