CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Sebab Kenapa Isteri Perlu Cukup Tidur, No. 5 Tu Sangat Penting!

9-4-2018 03:10 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3188| Komen: 8|Original author: Oleh: Suzy


Sudah menjadi kebiasaan pasangan suami isteri mengabaikan waktu tidur yang betul kerana tugasan harian terutama golongan isteri dan  ibu yang selalunya tidak mempunyai masa tidur berkualiti. 

Baru-baru ini, Taufiq Razif, seorang pemilik saluran telegram Nota Parenting Taufiq Razif berkongsi lima sebab mengapa dia mahu isterinya mempunyai tidur yang cukup. 

Artikel yang menjangkau sehingga 11 ribu like itu telah menjadi bualan ramai netizen. Mari lihat apa isi kandungan mesej yang disampaikannya.


1. Kekal ramping

Menurut Taufiq Razif, isteri yang selalu tidur lambat akan mengalami kenaikan berat badan, sekali gus menjadi berisi kegemukan. Berdasarkan kajian pada tahun 2004 yang pernah dibacanya, orang yang tidur kurang daripada enam jam lebih berisiko untuk gemuk berbanding mereka yang tidur lebih daripada enam jam.



Foto: Google Imej


2. Kelihatan cantik bak bidadari

Isteri yang tidak cukup tidur akan mengakibatkan hormon cortisol (hormon tekanan) semakin banyak dalam tubuh dan akan menjejaskan kolagen pada kulit. Semakin cepat kolagen berkurangan, semakin tidak anjal kulit dan semakin cepat tua seorang wanita bergelar isteri.


Foto: Google Imej


3. Tidak mahu ingatan isteri terjejas

Kekurangan tidur juga akan mengakibatkan seseorang lebih cepat menjadi pelupa. Hal ini kerana, menurut Taufiq Razif, memori jangka panjang akan terbentuk dengan lebih mudah sekiranya mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Sekiranya kekurangan tidur, sistem memori akan terjejas.


Foto: Google Imej

Dalam rumah tangga, seorang suami memerlukan isteri yang kuat daya ingatan supaya dapat mengingatkan suami sekiranya terlupa akan sesuatu perkara. Rumah tangga akan menjadi kucar-kacir sekiranya isteri dan suami adalah orang yang pelupa.


4. Mengelakkan tekanan jiwa dan gangguan emosi

Menurut Taufiq Razif lagi, orang yang tidur kurang daripada enam jam sehari akan menghidap tekanan jiwa dan keletihan. Disebabkan itu, seorang isteri perlu mendapat tidur yang cukup. Ini kerana, keharmonian rumah tangga juga bergantung kepada emosi seorang isteri. Sekiranya isteri mengalami gangguan emosi, ia akan turut menjejaskan emosi suami dan anak-anak.


Foto: Google Imej


5. Tidak mahu isteri sering sakit

Kekurangan tidur yang ketara dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang membawa kepada kematian. Antaranya adalah serangan jantung, risiko darah tinggi dan kencing manis meningkat serta sistem imun menjadi lemah.


Foto: Google Imej

Dengan mesej yang disampaikan ini, semoga suami dan isteri boleh bekerjasama meringankan bebanan tugas masing-masing. Saling membantu akan dapat melahirkan sebuah keluarga harmoni dan anak-anak yang mendengar kata serta menghormati kedua-dua ibu bapanya. - CARI
21

Bagus
10

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 9-4-2018 03:52 PM
Husband pun kena tidur cukup juga. Tidur ni kan utk badan rest and recover. Important for physical and mental health.
Quote Artemesiaa 9-4-2018 04:59 PM
Tidur yang cukup penting untuk kesihatan
Quote makkenits 9-4-2018 05:33 PM
blh tunjuk kat husband ni sbb on average during weekdays, aku tido 3 jam sehari.. during weekends, 4 jam.. dia kalut dgn keja ofis, aku kalut jaga umah n anak2 wpun siangnya aku pun keja ofis gak.. so masa tido msg2 lebih kurang je
Quote Jorja 9-4-2018 11:10 PM
Kalau kurang tidur nanti marah marah
Quote krustykrab 10-4-2018 08:45 AM
dah kalau ada baby nak cukup tido camner?
Quote rospinki 10-4-2018 10:01 AM
kenapa tido lambat? aku kul 10 lebih dah terkulat2
Quote mdhelmi 10-4-2018 10:15 AM
cane tido nk cukup
setiap masa kene reply 20 grp wasap
Quote aunisofia 11-4-2018 03:06 PM
klu aku mmg tak blh tido selagi anak tak tido huhuu
klu aku tetido...abes huru hara umah dikerjakan dek anak2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.191928 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top