CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Coli, Seluar Dalam Selepas Pecah Kereta

9-4-2018 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3713| Komen: 9

Description: Penduduk di Taman Senangin, Kulim digemparkan dengan kejadian pecah kereta pada Sabtu.
Penduduk di Taman Senangin, Kulim digemparkan dengan kejadian pecah kereta pada Sabtu.

Lebih mengejutkan, mangsa, Noorhazlin Mohamad Saad, 38, turut menemui sepasang pakaian dalam wanita di dalam kotak simpanan barang tempat duduk penumpang pada jam 11.30 pagi ketika memeriksa kenderaannya.


"Saya hairan melihat kotak simpanan barang di bahagian papan muka sebelah kerusi penumpang hadapan terbuka.

"Apabila diperiksa, saya menemui sehelai coli dan seluar dalam bukan milik saya," katanya kepada BH Online.


Foto: BH Online

Menurut mangsa, dia tidak menyedari keretanya dipecah masuk sehingga diperiksa sebelum ke kedai, pada pagi Sabtu.


Difahamkan, Noorhazlin meletakkan kenderaannya di halaman rumah berpagar dan berkunci tetapi terlupa mengunci kenderaannya.

"Ketika membuka pintu kereta pagi semalam (Sabtu), keadaan kereta berselerak tetapi saya sangkakan disebabkan anak saya.

"Sejumlah kecil wang anak saya yang ditinggalkan dalam kereta hilang," katanya.

Dipercayai, jirannya turut menjadi mangsa pecah kereta dalam kejadian sama dan kehilangan RM500 serta sebuah telefon pintar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian. - CARI
15

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 9-4-2018 10:34 AM
pecah masuk kejadahnye kalau dah telupa kunci..puih
Quote clarizsa 9-4-2018 10:41 AM
Amboi sampai panjat pagaq umah org ka penyangak2 ni
Melampau btoi
Quote nisako 9-4-2018 10:56 AM
adui mcm2 la.............skrg ni
Quote MengkuduMasam 9-4-2018 11:05 AM
aku saspek..  laki dia or anak dia pinjam keta dia pastu merendek dlm keta...
bra & panties tu scandal dia tinggalkan utk  kenangan fetish kasih sayang...

pastu terlupa nak amik...


ape kejadah geledah keta org tinggalkan bra segala...
Quote jofizo 9-4-2018 11:16 AM
cer tanya laki hang...mn tau dia bawak keta kluaq pi jumpa skandal pastu main toron2 dlm keta kat estet tepi kulim hitech tu ka....
Quote aku_statik 9-4-2018 11:30 AM
MengkuduMasam: aku saspek..  laki dia or anak dia pinjam keta dia pastu merendek dlm keta...bra & panties tu scandal dia tinggalkan utk  kenangan fetish kasih saya ...

Hahahahaha.. Power imagination...
Quote Artemesiaa 9-4-2018 11:54 AM
Dalam kejadian ni pasti ada dua kes yang berbeza.  Satu kes mat pit curi duit dan barangan berharga dalam kereta sebab kereta jiran pun kena.  Satu lagi kes bra dan spentot tu siapa pulak yang punya.
Quote dani-rox 11-4-2018 12:32 AM
org pecah masuk keta tu mungkin baru lepas curi spenda
seronok dgn hasil rompakan, maka terlupa dgn spenda dan bra yg tertinggal
Quote missDollie 11-4-2018 12:37 AM
Suspicious nya kes ni..jiran dia aku percaya la kena pecah sebab hilang sampai rm500..tapi akak ni..adoi...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.225465 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top