Filem sulung lakonannya, Abang Long Fadil 2 yang mendapat kutipan pecah panggung melonjakkan lagi nama Wak Doyok di persada seni.
Mohd Azwan Md Nor atau Wak Doyok mengakui menerima beberapa tawaran berlakon selepas filem pertama lakonannya itu. “Ada beberapa tawaran lain yang saya terima, namun belum ada keputusan daripada pihak saya. Ada juga tawaran yang diterima tidak kena dengan saya. “Saya tidak terlalu melihat kepada nilai bayaran yang ditawarkan, sebaliknya lebih kepada kualiti sesuatu naskhah yang ditawarkan,” katanya kepada Harian Metro. Menurut portal berita itu, ikon fesyen Malaysia berkenaan bagaimanapun berkeras enggan menukar imejnya demi menjayakan sesuatu watak. “Kalau diminta mencukur misai dan jambang bagi menjayakan watak, saya rasa itu mustahil. “Sebelum ini, ada satu syarikat yang menawarkan RM1 juta kepada saya untuk bercukur dan dana itu disalurkan kepada badan amal, tapi saya menolak,” katanya. Wow, RM1 juta ditawarkan hanya untuk bercukur! Anda rasa bila agaknya Wak akan tukar pendiriannya untuk kekal dengan imej bermisai lentiknya itu? Lebih kacak atau sebaliknya kalau dia 'buang' misai, ya? - CARI
|
24
Bagus |
32
Marah |
15
Terkejut |
26
Sedih |
31
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NE_KO replied at 21-9-2017 12:20 PM
news mcm ni la kita perlu kan.penting giler berita ni..
ADVERTISEMENT