CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baju Tunku Aminah Pun Ditenun Banduan, Rakyat Marhaen Pula Sibuk Nak Bermewah

18-8-2017 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17745| Komen: 55|Original author: Oleh: Myra Rozi

Perkahwinan yang berlangsung antara Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos lalu masih menjadi sebutan rakyat jelata sampai sekarang.


Bukan hanya disebabkan statusnya sebagai kerabat diraja, sebenarnya ada banyak perkara yang menarik dan istimewa tentang majlis perkahwinan puteri cantik ini.

Kalau tak percaya, tengok sahaja perkara pertama yang paling menonjol iaitu 'look' atau solekan semasa majlis resepsinya.

Foto: Saidatulnisa Aminuddin

Ringkas, malar sepanjang zaman, segar dan berseri, hasil dari sentuhan magis jurusolek profesional yang dikenali sebagai Saidatulnisa Aminuddin. Wanita ini memang sudah lama berpengalaman menyolek selebriti dan golongan kenamaan.

Ditambah pula dengan diri Tunku Aminah sendiri yang memang suka pada kesederhanaan, maka terhasillah penampilannya yang begitu anggun dan menawan sekali pada hari bahagia. Tak memerlukan aksesori palsu atau kanta lekap berwarna, tapi cukup membuatkan dirinya tampil sempurna.

Foto: Saidatulnisa Aminuddin
Apa yang lebih istimewa? Tengok busana pengantin Tunku Aminah pula. Ramai yang cakap walaupun nampak ringkas tapi sebenarnya harganya mahal dan ditempah dari pereka fesyen terkenal.

Salah sama sekali sebab ianya direka khas oleh ibu saudaranya sendiri yang juga Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Kain Tenun Pahang yang digunakan untuk menghasilkan busana tersebut ditenun sendiri oleh banduan Penjara Penor. 

Foto: Twitter
Tak cukup lagi, pelamin paling ringkas abad ini sebab hanya satu kerusi diletakkan selain frame surah al-Fatihah yang digantung di belakangnya. 

Foto: The Royal Johor
Bagaimana? Kupasan demi kupasan tentang di sebalik majlis perkahwinan ini mesti akan membuat diri anda kagum dengan keperibadian Tunku Aminah sendiri.

Ini antara komen netizen yang rata-ratanya bangga dengan sikap merendah diri puteri raja ini, tapi biasalah mesti ada juga kata-kata yang negatif.

Apa pun kalau perasan, sebenarnya perkahwinan Tunku Aminah ini menyampaikan mesej yang cukup besar kepada rakyat biasa seperti kita.

Perkahwinan bukan bermakna menunjukkan kemewahan, sebaliknya ikatan suci yang dijalin antara dua jiwa, jauh lebih berharga dari nilai pelamin dan hantaran itu sendiri.

Kalau puteri raja pun sudah menurunkan penanda aras begini, takkan kita sebagai rakyat marhaen tak sedar diri lagi? -CARI

23

Bagus
40

Marah
25

Terkejut
20

Sedih
29

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 18-8-2017 11:12 AM
mesti pening aunty nk reka baju ni...
Quote aqissa 18-8-2017 11:17 AM
Ohsome....
Semoga berkekalan.....
Quote LostStar 18-8-2017 11:29 AM
sebab beliau hari hari anak raja.. bagi la can rakyat marhaen nak fefeling anak raja sehari seumur hidup pulak.. asyik2 nak bandingkan dengan rakyat marhaen.. ntah apa-apa la..

kang kalau beria anak raja ni buat grand2 kang cerita lain pulak cerita korang ni.. haih ada saja laaa..
Quote akumak 18-8-2017 11:43 AM
semoga tunku terus berbakti dan menjadi idola kepada rakyat
Quote cik_nit 18-8-2017 11:52 AM
Terrrbaikkk!!
Quote nisako 18-8-2017 12:10 PM
good one...........................
Quote krustykrab 18-8-2017 12:11 PM
LostStar replied at 18-8-2017 11:29 AM
sebab beliau hari hari anak raja.. bagi la can rakyat marhaen nak fefeling anak raja sehari seumur h ...

betul tu, aku pun nak ckp benda yg sama...duk compare anak raja dgn rakyat...sah2 la org tu hari2 bergaya dgn branded items...baju die tu nmpk simple entah2 harga pun dah tak terlawan harga baju rakyat...pelamin dia tu nmpk simple, cer tanya brp dia bayar...

Quote raradhia 18-8-2017 12:26 PM
LostStar: sebab beliau hari hari anak raja.. bagi la can rakyat marhaen nak fefeling anak raja sehari seumur hidup pulak.. asyik2 nak bandingkan dengan rakyat m ...


betul laa ni, sokong sgt. .kesian asyik2 salah rakyat marhaen. .
Quote skinsandstars 18-8-2017 12:27 PM
yang tu memang murah dan jimat dan simple. yang panggil nicole ex pussycat dolls tu bayar berapa juta apa semua terlupa ka?
Quote CiliPadiSedap 18-8-2017 12:37 PM
Kalau cmni lah puteri raja. Patik rasa bahagia.. rakyat jelata bahagia segan dgn puteri raja...moga bahagia ke anak cucu.. tahniah..wedding of the century..
Quote evlinne 18-8-2017 12:45 PM
Kat situ pun sibuk je netizen acah2 holier than thou cakap pasal aurattt!
Quote Mary_jane 18-8-2017 12:58 PM
Tengok second pic tu teringat amy winehouse.
Quote redapple10 18-8-2017 01:12 PM
Iarlah marhean acah2 raja sehari.. kang x jemput satu kpg, kene buang kpg pulak..pastu kene sound mati nnt gali kubur sendiri..
Quote zaza_lina 18-8-2017 01:16 PM
suka tengok .simple je
Quote syitaeyqa 18-8-2017 01:32 PM
TTA dah mmg raja hari2. biarlah TTA nak merasa jadi rakyat sehari
Quote VuJiE 18-8-2017 02:01 PM
ditenun oleh banduan bukan bermaksud harga kain tenun tu murah LOL
Quote elnor_81 18-8-2017 02:19 PM
Tenun phg plg murah 350 sepasang x silap..
Quote elnor_81 18-8-2017 02:19 PM
Tenun phg plg murah 350 sepasang x silap..
Quote OnFleek 18-8-2017 02:29 PM
tak tanya ke kain tu jenis berapa k punye harga? duhhhhhhhhh

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top