CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Dua Tahun Maut Disengat 30 Tebuan

18-8-2017 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6769| Komen: 72

Description: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Puteri Nur Aisya Azhar, menemui ajal akibat disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has pada pukul 4.30 pagi kelmarin.

sumber : internet


Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Puteri Nur Aisya Azhar, menemui ajal akibat disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has pada pukul 4.30 pagi kelmarin.

Memetik laporan Bernama, ketika kejadian mangsa yang berusia dua tahun itu sedang bermain seorang diri berhampiran sebuah kedai makan yang sudah tidak beroperasi berhampiran rumahnya.

Menurut ibu mangsa, Rubiyah Ismail, jeritan anaknya yang kesakitan disengat tebuan telah mengejutkan datuk mangsa yang kebetulan sedang berehat sambil berbaring di atas tangga rumah. 

Tambah Rubiyah, apabila melihat keadaan cucunya yang sedang dikerumuni tebuan-tebuan berkenaan, datuk itu dengan segera mendapatkan mangsa dan membawa pulang ke rumah.


" Ayah saya bertindak menggunakan badannya untuk melindungi cucunya daripada terus disengat tebuan, tindakan itu menyebabkan dia sendiri turut disengat kira-kira 10 ekor tebuan."

Pada mulanya mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut untuk rawatan kecemasan, kemudian baru dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan selanjutnya.

"Pada malam kelmarin keadaannya semakin tenat apabila doktor memberitahu dia tidak boleh membuang air kecil dan sistem buah pinggangnya tidak berfungsi lagi sebelum meninggal dunia."

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Akar selepas waktu zohor semalam.- CARI
13

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 18-8-2017 10:26 AM
Innalillah, sedihnya

Salam takziah buat family arwah adik ni.
Quote talapia 18-8-2017 10:31 AM
baru2 ni pon rasanya ada kes 2 kanak2 adik beradik meninggal disengat tebuan. musim tebuan mengganas ke apa ni?

kalau x silap aku.. dalam tempoh terdekat ni.. 4 kanak2 yg kena sengat tebuan.

1 kes sorang..
1 kes 2 adik beradik tu
1 kes yg ni.

kalau x silap la sbb dengar kt radio je.. kt forum xde lak rasannya
Quote kivio 18-8-2017 10:35 AM
Quote EvieWanKenobi 18-8-2017 10:37 AM
Innalillah.. sampai 30 ekor..
Quote dubuk 18-8-2017 10:38 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote chaos_sweetly 18-8-2017 10:43 AM
Innalillah...Al-Fatihah
Quote chaos_sweetly 18-8-2017 10:43 AM
Innalillah...Al-Fatihah
Quote lasagnaklcc 18-8-2017 10:48 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

I notice org kg selalu biar bdk2 kecik mcm ni main sorg2 kat luar rmh tanpa pengawasan org dewasa.  
Quote skinsandstars 18-8-2017 10:55 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

kenapa lah biarkan anak kecik main sorang-sorang tanpa pengawasan.

siannya adik ni. emo pulak aku pagi-pagi ni.
Quote haryatie 18-8-2017 11:06 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
kesiannyaa...
di Kampung Lay Out Tok Has pada pukul 4.30 pagi kelmarin.. tapi awal nya kuar bermain
Quote aqissa 18-8-2017 11:11 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ....
Quote bawalputih 18-8-2017 11:12 AM
Sedihnyala...ibu mesti menyesal x jaga anak tu elok2
Quote disasterPiece 18-8-2017 11:13 AM
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..
Quote Rock_Jackass 18-8-2017 11:19 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Al-fatihah
Syurga untuk adik nnti
Quote maisakurada 18-8-2017 11:27 AM
Ya Allah...kesian nya..
Al Fatihah
Quote fff_cat 18-8-2017 11:41 AM
Takde orang perasan ke ada sarang tebuan kat situ? Bahaya betul... mmg boleh bawak maut kslau kena sengat tebuan walaupun org dewasa
Quote sarahmirza 18-8-2017 11:45 AM
Baru 2 tahun dah dibiar main kat luar rumah... sorang2 pulak tu.
Quote Jeniechan 18-8-2017 11:45 AM
Dkat dgn umah mak.Al fatihah .moga ibubapa adik ni tabah
Quote gadisfebruary 18-8-2017 11:45 AM
sarahmirza replied at 18-8-2017 11:45 AM
Baru 2 tahun dah dibiar main kat luar rumah... sorang2 pulak tu.

Tu lah.. anak aku 4 tahun pun aku duk kawal beria lagi ni..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.141652 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top