Beberapa hari lepas kecoh di media sosial memperkatakan tentang satu rakaman video memaparkan seorang wanita menemui ulat di dalam ayam goreng di sebuah restoran mamak. Belum pun reda berita kurang enak didengar itu, seorang lagi pelanggan di lokasi berasingan memuat naik sebuah video tentang hidangan restoran mamak yang menjijikkan. Pelanggan lelaki itu mendakwa menemui ulat di dalam ayam goreng ketika sedang menjamu selera. Berang dengan penemuan itu, lelaki terbabit memanggil kakitangan restoran tersebut dan terus memarahi mereka.
"Kamu makan ni boleh? Nampak tak dalam ayam ni ada ulat. Pukul berapa kamu masak? Kamu cakap betul-betul, saya tak marah" soal pelanggan itu. "Bukan semua ayam ada ulat, satu dua saja. Saya kerja 18 mari " jawab salah seorang dari kakitangan restoran terbabit. "Satu dua saja? Tak, ini ayam kamu masak bila? Kamu semua ni dari mana? Cakap Melayu pun tak tahu, English pun tak faham. Macam mana boleh dapat kerja sini. Kamu semua ni orang Islam ke?" soal pelanggan itu lagi. "Saya dari India, bukan Islam. Saya Hindu" jawab tukang masak itu. "Kamu Hindu tapi masak untuk orang Islam? Halal ke? Sure halal? soal pelanggan itu lagi. Kesemua kakitangan restoran mamak tersebut hanya mengangguk dan salah seorang dari mereka mengatakan halal serta tidak salah jika bukan Islam menjadi tukang masak untuk pelanggan muslim. Kejadian seperti ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengusaha restoran mamak yang lain. Mana tidaknya, hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Apa pun, sebagai pelanggan pula kita haruslah lebih berhati-hati dan bijak memilih restoran yang bersih untuk menjamu selera. - CARI Loading FB Video... Kredit video - Azmi Musa |
16
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
32
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
palmolive replied at 2-8-2017 05:12 PM
time dia makan tu tak bau ker ayam tu dh busuk...
aciik replied at 2-8-2017 05:21 PM
padan la muka korang....macam la takde kedai melayu nak makan....memang elok pun korang yang sapport ...
noorhairiahma replied at 3-8-2017 10:39 AM
mungkin tak bau.
sebabnya, i pernah makan ikan. tak ada bau yang tak menyenangkan pun, i makan de ...
ADVERTISEMENT