View: 2492|Reply: 14
|
Lagi Kes Ulat Dalam Ayam Goreng Di Restoran Mamak, Status Halal Juga Diragui
[Copy link]
|
|
Beberapa hari lepas kecoh di media sosial memperkatakan tentang satu rakaman video memaparkan seorang wanita menemui ulat di dalam ayam goreng di sebuah restoran mamak.
BACA JUGA : Wanita Berang Jumpa Ulat 'Bergolek' Dalam Ayam Goreng Mamak
Belum pun reda berita kurang enak didengar itu, seorang lagi pelanggan di lokasi berasingan memuat naik sebuah video tentang hidangan restoran mamak yang menjijikkan.
Pelanggan lelaki itu mendakwa menemui ulat di dalam ayam goreng ketika sedang menjamu selera. Berang dengan penemuan itu, lelaki terbabit memanggil kakitangan restoran tersebut dan terus memarahi mereka.
"Kamu makan ni boleh? Nampak tak dalam ayam ni ada ulat. Pukul berapa kamu masak? Kamu cakap betul-betul, saya tak marah" soal pelanggan itu.
"Bukan semua ayam ada ulat, satu dua saja. Saya kerja 18 mari " jawab salah seorang dari kakitangan restoran terbabit.
"Satu dua saja? Tak, ini ayam kamu masak bila? Kamu semua ni dari mana? Cakap Melayu pun tak tahu, English pun tak faham. Macam mana boleh dapat kerja sini. Kamu semua ni orang Islam ke?" soal pelanggan itu lagi.
"Saya dari India, bukan Islam. Saya Hindu" jawab tukang masak itu.
"Kamu Hindu tapi masak untuk orang Islam? Halal ke? Sure halal? soal pelanggan itu lagi.
Kesemua kakitangan restoran mamak tersebut hanya mengangguk dan salah seorang dari mereka mengatakan halal serta tidak salah jika bukan Islam menjadi tukang masak untuk pelanggan muslim.
Kejadian seperti ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengusaha restoran mamak yang lain. Mana tidaknya, hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Apa pun, sebagai pelanggan pula kita haruslah lebih berhati-hati dan bijak memilih restoran yang bersih untuk menjamu selera. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkejut warga india kerja kt kedai mamak.... |
|
|
|
|
|
|
|
1) "Kamu makan ni boleh? Nampak tak dalam ayam ni ada ulat. Pukul berapa kamu masak? Kamu cakap betul-betul, saya tak marah" soal pelanggan itu.
2) Satu dua saja? Tak, ini ayam kamu masak bila? Kamu semua ni dari mana? Cakap Melayu pun tak tahu, English pun tak faham. Macam mana boleh dapat kerja sini. Kamu semua ni orang Islam ke?"
aku anggap yg no 2) tu dia cakap penuh kemesraan la kot.
kalau aku, aku marah. |
|
|
|
|
|
|
|
time dia makan tu tak bau ker ayam tu dh busuk... |
|
|
|
|
|
|
|
padan la muka korang....macam la takde kedai melayu nak makan....memang elok pun korang yang sapport mamak ni makan ulat ayam....pasal otak bengappppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kwn i dulu mkn tandoori basi.tapi time tu tengah demam so deria rasa skali deria bau takda..dah tu sedap je dia melantak.dh nk habis br sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
mamak banyak untung sebab banyak recycle makanan.
jadi makan kt kedai melayu selamat nak pg kedai mamak order air ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgok kedai pon mcm xde org. Sah2 makanan x habis dia panas kan balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin tak bau.
sebabnya, i pernah makan ikan. tak ada bau yang tak menyenangkan pun, i makan dekat nak separuh habis. lepastu baru perasan ada ulat dekat bahagian dalam perut/kepala ikan tu. terus muntah hijau.
kalau awal2 dah bau, konfirm i tak amik/makan ikan tu.
macam tu jugak ayam kot. tak ada bau, tapi ada ulat golek2.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan mamak je. kedai melayu pun ada je yang recycle makanan sampai berulat. semua kedai pun ada jugak berlaku isu macam ni. bukan mamak je. bukan nak bela mamak tapi pernah terjadi kat i.
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai mamak ni bila org nk boikot. jawab ni aku tanya!! |
|
|
|
|
|
|
|
maybe pasal mamak dh buh serbuk kari + cili + rempah ratus banyak2..
mamak ni pandai tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang tetap gi mamak jugak..tengok mamak malam2 mesti penuh |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 la kalau nak jimat pun..takkan income kedai makan sehari tak boleh nak cover beli ayam baru utk berniaga hari esoknya kot..barua betul mamak ni {:laugh |
|
|
|
|
|
|
| |
|