CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Konvoi Rakyat Msia Dari Thailand, Mangsa Perlu Bantuan Bawa Pulang

2-5-2017 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7587| Komen: 60

Petang kelmarin berlakunya satu kemalangan di kilometer (km) 4046 Sikao, barat laut wilayah Trang, Thailand yang membabitkan seorang rakyat Malaysia cedera parah dan seorang lagi cedera ringan. 


Memetik laporan Malaysian Digest, dalam kejadian pada 5.21 petang waktu tempatan itu, kedua-dua mangsa bersama tujuh ahli Kelab LC 135 Gombak dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah selepas melakukan konvoi selama empat hari ke Phuket, Thailand.

Menurut salah seorang ahli konvoi tersebut, Norman Adam, kemalangan berlaku ketika mangsa, Muhammad Suffian Sazali, 31, dan Zulfikar Idris, 26, sedang menunda salah sebuah motorsikal ahli konvoi itu yang mengalami kerosakan, kira-kira 146km menghampiri sempadan Bukit Kayu Hitam.

sumber : Malaysian Digest


Malangnya semasa melalui kawasan selekoh, motorsikal yang ditunggang Muhammad Suffian dan Zulfikar secara tiba-tiba bergeser sesama mereka kerana keadaan jalan yang berpasir mengakibatkan kenderaan mereka hilang kawalan.

Kemudian motosikal Zulfikar berputar dan melanggar batu jambatan, sementara itu Muhammad Sulfian berpusing bersama motosikalnya sebelum dia terjatuh dan orangnya menghentak besi penghadang jalan raya. 

Kini Muhammad Suffian dirawat di Hospital Trang dan memerlukan kira-kira 35,000 baht (RM4,386.40) bagi menampung kos rawatan pesakit luar, tidak termasuk kos ambulans bagi membawa pulang mangsa.

Anggaran kos tersebut adalah meliputi kos hospital, X-Ray, imbasan Tomografi berkomputer (CT) serta Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).

Laporan mengenai kemalangan itu dibuat di balai polis berdekatan dan pihak berkuasa Thailand telah mendapatkan keterangan lanjut berhubung insiden tersebut.

Sehubungan itu, Kelab LC Gombak melancarkan kutipan derma kilat memohon sumbangan orang ramai bagi membantu menampung kos perubatan dan pengangkutan membawa pulang mangsa ke tanah air.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Ahmad Izzuddin Rosman bernombor 16220013518 (Maybank) atau boleh menghubungi beliau di talian 013-474 9823 untuk maklumat lanjut.- CARI

sumber : Malaysian Digest
sumber : Malaysian Digest

7

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-5-2017 04:44 PM
Tak suke berkonvoi.. suke jln dua tiga org jah..
Quote kelapaparut 2-5-2017 04:50 PM
Xde insurans ke pi travel tu..
Quote kentel 2-5-2017 04:53 PM
pentingnya travel insurance....
Quote myakayina 2-5-2017 05:05 PM
kesiannya.. knp tak ambil travel insurance siap2..konvoi ni ada baik buruknya..kena berhati hati juga lah..
Quote anikarma 2-5-2017 05:22 PM
Tiap kali pegi travel tak kira la dekat ke jauh ke travel insurance penting. Malang tak berbau ok. Bukan mendoa yg bukan2. Sebagai pengajaran. Jumpa doctor atau flight lambat bag hilang bukan amount yg besar. Amount yg penting bila ada surgery atau nak angkut balik negeri.....especially sos helicopter leh jejak USD300K tau
Quote Changa 2-5-2017 05:26 PM
sooo???
buat nya akak nak peduli dek.
mereput jah kat siam itu.
Quote exclusive_vvip 2-5-2017 05:39 PM
takziah...btw, tak sedapnyerrr karangan wartawan cari ni...
Quote Darien_Fawkes 2-5-2017 05:41 PM
takat naik LC135 pun nak berkonvoi
Quote Nenasketum 2-5-2017 05:44 PM
Moto biasa jer kan. Dok diam2 kat rumah tolog mak ke bini ke adalah pekdahnya. Dah terbaring macam tu semua rugi.
Quote kimchipedas 2-5-2017 05:49 PM
Kalo insurance pun x mampu nk beli xyh la nk berkonvoi2 bagai risiko tinggi kot
Quote jofizo 2-5-2017 05:53 PM
travel insurans kalau pi luar co insurans tanggung ka bayar dulu klaim kemudian?
Quote Madel 2-5-2017 05:53 PM
.
Korang yg berseronok , bila kena musibah awat pulak netizen yg kena tanggung kos perubatan korang??
Quote jofizo 2-5-2017 05:54 PM
btw, ride jauh2 nih especially negara org pakai la pakai la extra safety gear... riding suit, knee pad...dsb
Quote saladin780 2-5-2017 05:54 PM
selalu jumpa geng2 konvoi ni kat selatan thai...agak annoying gaklah perangai majoriti dorg nih....tetap bawak perangai caprut dorg tu walopun dah gi negara orang ..n actually thais pun menyampah ok ngan geng2 kaki konvoi dari malaysia ni..tak kiralah moto besa ke kecik
Quote kaktom8 2-5-2017 05:56 PM
kaktom rasa nak sumbang la. tolong menolong sesama muslim banyak pahala.

Quote dody_farid 2-5-2017 06:46 PM
Tu dia caj hospital siam terhadap warga asing, rawatan macam tu sampai rm4386... klu hospital gomen mesia mungkin dalam seribu lebih ja... dah sampai masanya hospital gomen kita naikkan caj kat warga asing...
Quote prettyuglybabe 2-5-2017 07:37 PM
gi berjalan ada duit tapi kedek nak beli insurance and simpan untuk emergency..
pastu bawak perangai rempit gi negara orang..
bukan tak tau bahaya main tolak tunda gitu..
Quote pearl.silver 2-5-2017 07:37 PM
Menuntun moto rosak pun sampai terbabas berpusing motor
Laju sangat ke
Quote alieyrina 2-5-2017 07:55 PM
Duk rumah ja la..yg nek moto sorg2 pun aku seriau nikan pulak bekonvoi2..bahaya lg byk drpd seronok..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.090247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top