Sering menikmati sambal belacan atau sambal hitam, sesekali mahu tukar selera. Apa kata anda mencuba sambal gesek yang amat popular di Negeri Sembilan.
Sambal ini menggabungkan rasa pedas, masam dan masin yang sangat enak dijadikan pelengkap hidangan. Untuk rasa lebih pure, anda boleh menggunakan buah kundang yang ditumbuk bersekali dalam sambal ini, namun sekiranya tiada perahan limau sudah mencukupi untuk memberi rasa masam. Selamat mencuba! Bahan-bahan: Dua genggam ikan bilis 10 biji cili padi bawang merah (opsyenal) perahan limau kasturi
3-4 biji kundang (dihiris dan ditumbuk) Cara-cara: 1. Ikan bilis dicuci bersih dan direndam sebentar dalam air panas. 2. Tumbuk cili api dalam lesung sehingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk hanya untuk memecahkannya. 3. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan perahan limau. Rasakan cukup rasa pedas, masin dan masam. 4. Hidangkan bersama nasi panas. Nota: Jika ada kundang, boleh ditumbuk dan dimasukkan sekali, kemudian digaul rata. Jika tiada cukup dengan perahan limau. - CARI Kredit resipi: Resipi Ibundo |
17
Bagus |
19
Marah |
26
Terkejut |
21
Sedih |
32
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 03:50 PM
macam sedap.. tapi ikan bilis mentah mcm geli je nak makan banyak..
klu sekor dua tu takpe lagi..
NekNgah replied at 6-4-2017 04:21 PM
Nenek pun sama, nanti akan rasa macam hanyir ikan.
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 04:47 PM
cuba buat versi ikan bilis yang digoreng la nek..
klu sedap kabar kan kat sini
NekNgah replied at 6-4-2017 04:57 PM
Kalau ikan bilis goreng ditumbuk habislah hancur.
Kalau tak ditumbuk, bila diperah asam limau tak ...
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 05:01 PM
klu lepas tumbuk dengan cili baru goreng sikit, agak-agak ok tak?
KucingKedai replied at 6-4-2017 05:10 PM
Sedap woo.. penah try gak. dah goreng tu baru perah limau.
aduih lapo la..
KucingKedai replied at 6-4-2017 05:10 PM
Sedap woo.. penah try gak. dah goreng tu baru perah limau.
aduih lapo la..
hareeeesah replied at 6-4-2017 05:34 PM
Cara ni macam sedap. Ada rangup-rangup sikit.
Ipo replied at 6-4-2017 06:21 PM
eh macam sambal ikan yang selalu saya buat
tapi yang ni guna ikan bakar, ambik isi
pastu guna buah ...
NekNgah replied at 7-4-2017 08:29 AM
Wow! Ini patut cuba.
Kalau ganti dengan ikan goreng yang tak habis, agak-agak boleh tak?
ADVERTISEMENT