CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Kari Ala Jepun, Panas Pedas Kaw Terangkat!

6-4-2017 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14033| Komen: 30|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Kebiasaannya kalau kita nak makan kari yang betul-betul 'kaw', kita pasti akan bertandang ke kedai mamak, bukan? Mungkin ramai tak tahu, tetapi di Jepun, kari dilabel sebagai makanan kebangsaan mereka ...
Kebiasaannya kalau kita nak makan kari yang betul-betul 'kaw', kita pasti akan bertandang ke kedai mamak, bukan? Mungkin ramai tak tahu, tetapi di Jepun, kari dilabel sebagai makanan kebangsaan mereka!


Sejak diperkenalkan pada era Meiji, kari semakin mendapat permintaan di kalangan peminatnya, malah sehingga hari ini pelbagai variasi resipi diolah berasaskan kari.

Kari di Jepun biasanya dimakan bersama nasi atau udon (mi Jepun). Nasi Kari yang terkenal di negara itu merupakan hidangan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta campuran daging atau apa sahaja disukai mengikut cita rasa masing-masing.

Musim panas sinonim dengan makanan panas dan pedas di negara matahari terbit itu. Malah, masyarakat Jepun percaya rempah-ratus mampu membuka selera yang hilang semasa cuaca panas 'membakar', sekali gus menyejukkan tubuh dengan mengeluarkan peluh tindak balas mengambil makanan pedas.

Untuk itu, Sushi King kini menawarkan TIGA jenis tahap kepedasan 'Spicy Kick' iaitu Kari Tomato, Kari Biasa, dan Kari Pedas. Anda boleh memadankan hidangan kegemaran anda dengan kuah kari pilihan pada harga RM15.90 (tidak termasuk GST)


Untuk itu, anda boleh padankan sendiri tahap kepedasan dengan tiga hidangan ini:

1. Chicken Katsu


Salah satu hidangan kegemaran Jepun adalah Chicken Katsu di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang.

2. Seafood Fry


Bumi matahari terbit ini memang menggemari makanan bersalut tempura. Untuk itu, Sushi King menampilkan makanan laut bersalut serbuk roti bersama kacang panjang yang dihidangkan bersama nasi bergandingan kuah kari pilihan anda!

3. Yakiniku


Hirisan daging dan kacang panjang dimakan bersama nasi panas yang digandingkan dengan kuah kari kegemaran anda. Nikmatilah kelazatan hidangan panas pedas ini!

Selain tiga hidangan diatas, anda juga boleh nikmati hidangan lain yang istimewa di Sushi King seperti berikut:

1. Grilled Cheese Curry


Istimewanya Grilled Cheese Curry ini adalah kerana ia merupakan hidangan sama seperti Chicken Katsu, di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang. Tetapi ada sedikit penambahan kepingan cheese. Gabungan hebat, keenakan berganda!

2. Curry Kiryu Udon


Penampilan istimewa Curry Kiryu Udon yang merupakan hidangan istimewa dari bandar Kiryu, daerah Gunma, Jepun. Tekstur mi udon lebih lebar dan nipis serta lembut dan licin. Memang ‘terangkat’ kepala makan Kiryu Udon digandingkan bersama kuah kari  ‘berapi’ serta kacang panjang dan udang tempura.

3. Curryfornia Roll


Jangan main-main dengan California Roll kari ini. Nasinya digaul dengan kari pedas digulung bersama telur dadar, timun dan isi ketam ditambah mayones pedas dan kaviar masago.

Selain mencuba menu baharu ini, anda juga boleh cabar DUA rakan anda untuk cabaran Curry-Hot-Kick Challenge dan hantar sekeping gambar “hot kick” paling kreatif dengan hashtag MySKCurry untuk memenangi T-shirt Sushi King eksklusif hanya pada 1 April sehingga 30 Jun 2017 sahaja!





Anda berani ke sahut cabaran Curry-Hot-Kick ini? Rasailah sendiri 'kepanasannya' di Sushi King sekarang! - CARI
14

Bagus
21

Marah
80

Terkejut
19

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 6-4-2017 11:49 AM
nmpk mcm sedap je curry kiryu udon tu
Quote CrowneGlory 6-4-2017 12:21 PM
kari dia rupa cirit jah
Quote umbut 6-4-2017 02:03 PM
Camner rasa kari jepun ni lain mcm warnanya..
Quote IxoraP 6-4-2017 04:08 PM
gmbr nmpk cantik, rsanya cantik ke x?
Quote cik-jaja 6-4-2017 05:55 PM
lama dh teringin nak mkn kari jepun..tp tkut xsdp plk
Quote siskepoh 6-4-2017 05:57 PM
wuuuu. macam sodap. tp syg sis xgemor kari
Quote WhiskeyScotch 6-4-2017 11:51 PM
Cheese curry tu kena ke kombinasinya?
Quote mzzenma 7-4-2017 01:36 PM
mzz tengok macam tak menyelerakan pula
nampak macam sos tomato ja
lagipun mzz tak suka nasi yang dah kena kuah
Quote Leo_Gurlz 7-4-2017 02:22 PM
Pekat likatt jee macam sos blackpaper. sedapp ke kari jepun
Quote emelia1509 7-4-2017 11:12 PM
sedap ke??

ada yg dah try x??
Quote Lagubestbest 7-4-2017 11:29 PM
Edited by Lagubestbest at 7-4-2017 11:30 PM
Leo_Gurlz replied at 7-4-2017 02:22 PM
Pekat likatt jee macam sos blackpaper. sedapp ke kari jepun

Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau cicah ayam goreng tu sedap, makan ngan nasi.. still prefer kari mamak.
Quote mbhcsf 8-4-2017 02:09 AM
i tak nampak kari as in chennai curru pun ... or kari nasi kandaq pun ? okay  i might try  ..somewhere
Quote chazey 8-4-2017 02:57 AM
umbut replied at 6-4-2017 02:03 PM
Camner rasa kari jepun ni lain mcm warnanya..

Macam stew. Sangat mild. Sedap. Deyol masak siap guna epal segala untuk bagi rasa manis. Jangan guna serbuk kari Babas,  Adabi segala kalau nak masak kari Jepun. Takkan jadi punya. Helok beli ja perencah kari Jepon or tanak susah2 pi ja makan kat mana2 restoren jepun halal toyyiban.
Quote chazey 8-4-2017 02:58 AM
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...

Yeap. Japanese guna roux (tepung yang dimasak dan digunakan sebagai base biasanya untuk masak kuah/sos stail kokesen) untuk masak kari depa.

Quote chazey 8-4-2017 03:00 AM
Edited by chazey at 8-4-2017 03:05 AM
WhiskeyScotch replied at 6-4-2017 11:51 PM
Cheese curry tu kena ke kombinasinya?


Rasanya ok je. Ai pernah terai makan roti cheese dengan kari kat kedai mamak, masuk je rasa. Tapi memang muak la if tak suka kombinasi rasa spicy, salty and creamy.

Japanese/Korean/Taiwanese suka kombinasi pelik gini. Siap ada resipi ramen, instant noodle letak cheese segala.  
Quote purpledesire 8-4-2017 08:21 AM
Mcm pelik jer bila tengok kuah kari jepun nie..huhuu
Quote Leo_Gurlz 8-4-2017 09:59 AM
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...

Owhhh bolehh lahh nk try nyaaa kalo gituhh. Kari mamak still win. Makan aroma melekat gituhh di jari  
Quote greantea 8-4-2017 06:56 PM
x pernah mkn y ori kari jepun, tp pernah tgk resepi n try sndr. x tahu la sama ke x. tp i rasa sdp jugak
Quote lonso 9-4-2017 01:05 AM
kalo depa rasa kari ala mamak adakah akan bertukar selera.. tapi me mmg prefer kari mamak.terangkat beb

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062361 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top