CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11398|Reply: 39

Nikmati Sambal Gesek Nogori, Cukup Semua Rasa Pedas Masam!

[Copy link]
Post time 6-4-2017 03:24 PM | Show all posts |Read mode


Sering menikmati sambal belacan atau sambal hitam, sesekali mahu tukar selera. Apa kata anda mencuba sambal gesek yang amat popular di Negeri Sembilan.


Sambal ini menggabungkan rasa pedas, masam dan masin yang sangat enak dijadikan pelengkap hidangan.


Untuk rasa lebih pure, anda boleh menggunakan buah kundang yang ditumbuk bersekali dalam sambal ini, namun sekiranya tiada perahan limau sudah mencukupi untuk memberi rasa masam. Selamat mencuba!


Foto: notahani.blogspot.my


Bahan-bahan:

Dua genggam ikan bilis
10 biji cili padi
bawang merah (opsyenal)
perahan limau kasturi
3-4 biji kundang (dihiris dan ditumbuk)

Cara-cara:


1. Ikan bilis dicuci bersih dan direndam sebentar dalam air panas.


2. Tumbuk cili api dalam lesung sehingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk hanya untuk memecahkannya.


3. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan perahan limau. Rasakan cukup rasa pedas, masin dan masam.


4. Hidangkan bersama nasi panas.


Nota: Jika ada kundang, boleh ditumbuk dan dimasukkan sekali, kemudian digaul rata. Jika tiada cukup dengan perahan limau. - CARI




Kredit resipi: Resipi Ibundo



Foto: arfaeiz.blogspot.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Peberet aku ni....ada sambal ni, ada ikan masin dgn lauk lemak kuning dah cukup.....

Seelok2 ikan bilis jgn ditumbuk terlalu halus.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 03:50 PM | Show all posts
macam sedap.. tapi ikan bilis mentah mcm geli je nak makan banyak..
klu sekor dua tu takpe lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:21 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 03:50 PM
macam sedap.. tapi ikan bilis mentah mcm geli je nak makan banyak..
klu sekor dua tu takpe lagi..

Nenek pun sama, nanti akan rasa macam hanyir ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:47 PM | Show all posts
NekNgah replied at 6-4-2017 04:21 PM
Nenek pun sama, nanti akan rasa macam hanyir ikan.

cuba buat versi ikan bilis yang digoreng la nek..
klu sedap kabar kan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:57 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 04:47 PM
cuba buat versi ikan bilis yang digoreng la nek..
klu sedap kabar kan kat sini

Kalau ikan bilis goreng ditumbuk habislah hancur.
Kalau tak ditumbuk, bila diperah asam limau takut jadi liatlah pula.

Hmmm, nak kena try & error ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 05:01 PM | Show all posts
NekNgah replied at 6-4-2017 04:57 PM
Kalau ikan bilis goreng ditumbuk habislah hancur.
Kalau tak ditumbuk, bila diperah asam limau tak ...

klu lepas tumbuk dengan cili baru goreng sikit, agak-agak ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:07 PM | Show all posts
tak pernah cuba lagi sambal ni.. nti den belajar dongan uwan angkat den..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-4-2017 05:01 PM
klu lepas tumbuk dengan cili baru goreng sikit, agak-agak ok tak?

Sedap woo.. penah try gak. dah goreng tu baru perah limau.  
aduih lapo la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:34 PM | Show all posts
KucingKedai replied at 6-4-2017 05:10 PM
Sedap woo.. penah try gak. dah goreng tu baru perah limau.   
aduih lapo la..

Cara ni macam sedap. Ada rangup-rangup sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:36 PM | Show all posts
KucingKedai replied at 6-4-2017 05:10 PM
Sedap woo.. penah try gak. dah goreng tu baru perah limau.   
aduih lapo la..

boleh ye.. wah.. boleh try ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:57 PM | Show all posts
huhu ni aku ng ibu panggil ni sambal bodoh..mi bodo la apa la..sian makanan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:01 PM | Show all posts
sodapnya eh. mmamg mkn btmbh ni kalau ado smbl gesek
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:21 PM | Show all posts
eh macam sambal ikan yang selalu saya buat
tapi yang ni guna ikan bakar, ambik isi
pastu guna buah mangga muda
yang lain, bahan2 nya sama




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Moh cuba..sodap eh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapppppnya. Mak mertua lalu tak sedar nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 08:27 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 6-4-2017 05:34 PM
Cara ni macam sedap. Ada rangup-rangup sikit.

Nanti try.  Cili api pun bagus selepas masak, sebab ada orang tak tahan perut kalau makan mentah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:29 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2017 06:21 PM
eh macam sambal ikan yang selalu saya buat
tapi yang ni guna ikan bakar, ambik isi
pastu guna buah ...

Wow! Ini patut cuba.  

Kalau ganti dengan ikan goreng yang tak habis, agak-agak boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:14 PM | Show all posts
meols blajar dgn adik ipar org nogori..

lps tumbuk halus pastu goreng sekejap..

dia akan jd macam sambal itam tp jgn smpai hangit plk ..

mkn dgn nasi panas  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 12:48 PM | Show all posts
NekNgah replied at 7-4-2017 08:29 AM
Wow! Ini patut cuba.  

Kalau ganti dengan ikan goreng yang tak habis, agak-agak boleh tak?

boleh je NekNgah
tapi jangan tambah garam banyak la sebab ikan goreng kan dah masin
nak pedas, tambah cili padi lebih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074528 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list