Kerajaan hari ini membentangkan pindaan akta berhubung syarikat yang menjalankan perkhidmatan perkongsian kenderaan dalam talian seperti Uber dan GrabCar.
Pindaan itu adalah sebagai langkah mengawal selia perkhidmatan e-hailing atau e-panggilan dengan lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, membentangkan pindaan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 untuk bacaan pertama pada persidangan Dewan Rakyat. Sekiranya diluluskan, mereka yang menjalankan perkhidmatan perkongsian kenderaan dalam talian secara haram jika bersabit kesalahan bakal berdepan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali. Dalam akta tersebut jelas menyatakan selain perlu mengikut syarat permohonan yang ditetapkan jabatan perlesenan dan membayar bayaran lesen urus niaga, pengusaha terbabit juga perlu melaporkan status kewangan.
Sementara itu, mereka yang memiliki lesen perniagaan yang sah jika gagal mengikut seperti mana yang disyaratkan, contoh dari segi perkhidmatan dan keselamatan pelanggan atau mana-mana syarat yang tertera dalam Prosedur Operasi yang standard, mereka akan dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM200,000 atau kedua-duanya sekali. Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan mempunyai kuasa yang sepenuhnya atau sebahagian samada meluluskan atau menolak permohonan yang dikemukakan. Selain itu, lembaga tersebut juga boleh pada bila-bila masa menggantung atau membekukan lesen yang telah dipohon melalui notis pemberitahuan.- CARI |
15
Bagus |
23
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 4-4-2017 04:51 PM
aku pon pelik..melibatkan nyawa dan keselamatan penumpang..selamba je buat bisnes naik keta persendi ...
crukcruk replied at 4-4-2017 04:57 PM
betul tu, ini soal nyawa tapi ada je celaka ingat sebab kerajaan nak duit. apa ke bangangnyer pemi ...
crukcruk replied at 4-4-2017 04:57 PM
betul tu, ini soal nyawa tapi ada je celaka ingat sebab kerajaan nak duit. apa ke bangangnyer pemi ...
ADVERTISEMENT