CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Penumpang Warga Asing, Pemandu Grab Car Terbabit Ditamatkan Perkhidmatan

16-6-2017 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7652| Komen: 57

Description: Pihak pengurusan Grab Car bertindak menamatkan perkhidmatan dan senaraihitamkan seorang pemandunya yang dikatakan menghina dua orang penumpang warga asing.


Pihak pengurusan Grab Car bertindak menamatkan perkhidmatan dan senaraihitamkan seorang pemandunya yang dikatakan menghina dua orang penumpang warga asing.

Rakaman video tersebut dipercayai dimuat naik oleh pemandu terbabit dan tular secara meluas di laman sosial sejak Selasa lalu sehingga menimbulkan bualan hangat di kalangan pengguna maya.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, selain menawarkan perkhidmatan yang murah dan mudah, pihak Grab Car juga komited memastikan keselamatan penumpang yang memilih perkhidmatan Grab Car.

“Sejak video itu tular, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan menyingkirkan dia daripada senarai pemandu serta-merta."

“Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan dengan rangkaian yang terbesar di Malaysia, kami amat menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya.

Tambahnya, Grab Car tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah dan salah laku yang serius oleh pemandu Grab Car.

"Ini kerana ianya bukan sahaja membahayakan penumpang tetapi pada masa yang sama mencemarkan reputasi pemandu lain,” katanya.

Terdahulu, seorang pemandu Grab Car dilihat menghina penumpang warga asing dengan menggunakan perkataan kesat seperti ‘bodoh’ dan 'lahanat' dalam video berdurasi satu minit itu.

Video terbabit menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menganggap pemandu itu tidak beradab dan menggesa pihak Grab Car mengambil tindakan ke atas pemandu tersebut.- CARI


18

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
26

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Caranthir 16-6-2017 12:13 PM
mesti meriah facebook mamat nih kena kecham..
Quote haryatie 16-6-2017 12:16 PM
Edited by haryatie at 16-6-2017 12:20 PM

...padan muka
itu lah pandai x bertempat..
sebenarnya bodohhhh..

Quote missinpiece 16-6-2017 12:24 PM
Padan ngan muka. Sendiri tabur pasir dlm periuk nasi
Quote AmandaRollins 16-6-2017 12:27 PM
Padan muka..shame on u asshole
Quote aku.semut.merah 16-6-2017 12:31 PM
Padan muka. Shame on u lahanat
Quote aku.semut.merah 16-6-2017 12:33 PM
Aku nak tengok fb dia nak baca dia kene kecam camne

Siapa tahu fb dia sila tepek link sinI
Quote kekure 16-6-2017 12:47 PM
Bulan Ramadhan terus ummah Islam jadi bongok ke pun?
Quote MsKathryn 16-6-2017 01:07 PM
Sendiri tabur pasir dlm periuk nasi... cash la
Quote Super-M 16-6-2017 01:16 PM
org makan kuih,makan ketupat dipagi raya..ko bakal makan makian dan cercaan.
Quote rospinki 16-6-2017 01:18 PM
even anak aku yg umo 17 tu mengucap panjang tgk vidio mamat bimbo ni..
Quote aleesyasofia 16-6-2017 01:25 PM
mmg cash.. sndri rakam sndri yg upload..
Quote OmJualGas 16-6-2017 01:29 PM
Edited by OmJualGas at 16-6-2017 01:32 PM

Duit pelancong tu mau la pula.  Sakit jiwa ka malazut mulaya ni.   Ada masalah dari rumah kot.   Harap janggut saja panjang.   
Quote Artemesiaa 16-6-2017 01:35 PM
Kan dah mendapat.  
Quote lolita737 16-6-2017 01:38 PM
sangat biadap!
Quote matchstick 16-6-2017 01:52 PM
padan muka...kata orang tu bodoh padahal ko sdiri yg terang lagi nyata sangat bodoh.
Quote onexox97 16-6-2017 01:54 PM
bile gatal tangan semue benda upload kat medsoc mendapatla
Quote aechae 16-6-2017 01:55 PM
Sndri upload ke vid tu?siannn nya....dh tua pn bodoh
Quote Jigglyjiggle 16-6-2017 01:57 PM
Tengok cicin kat jari jantan ni mcm dh kawin. Sadis siapa jadikan jantan ni as pasangan hidup
Quote makton 16-6-2017 01:58 PM
cash la bro.. bodoh btul! mana nak letak muka weiii

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.078820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top