CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Diminta Tukar Haluan, Pemandu Grab Tumbuk Muka Penumpang

14-8-2017 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13982| Komen: 152

Description: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dikasari oleh pemandu Grab.

sumber : Oriental Daily News


Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dikasari oleh pemandu Grab.

Menurut laporan Free Malaysia Today yang memetik sumber akhbar China Press, kejadian itu berlaku sekitar 5 petang Sabtu lalu apabila pelajar sekolah menengah persendirian Cina itu menaiki Grab dari sebuah rumah pangsa di Puchong Jaya ke pusat beli-belah Times Square.

Dilaporkan, mangsa melalui catatan di Facebooknya berkata, beliau meminta pemandu menggunakan Jalan Klang Lama untuk ke destinasi kerana mahu mengelakkan tol.

Bagaimanapun, pemandu itu mendakwa tidak tahu jalan dan hanya boleh menggunakan aplikasi Waze.

Walaupun mangsa hendak menunjukkan jalan, tetapi lelaki terbabit didakwa enggan berbuat demikian menyebabkan mereka berdua bergaduh.


Pelajar tingkatan 5 itu kemudiannya meminta pemandu Grab itu memberhentikan kereta. Namun keadaan menjadi lebih tegang apabila pemandu itu berang kerana gadis terbabit menghempas pintu ketika turun dari keretanya. Suspek bertindak mengejar sambil memarahi dan menumbuk muka pelajar itu.

Mangsa cedera di bahagian mulut dan tulang hidungnya disahkan patah ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, polis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi kelmarin sejurus laporan polis dibuat oleh mangsa.

Beliau berkata, suspek direman 4 hari sehingga Rabu ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Mohd Rosdi Daud berkata, suspek bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa selama 2 tahun dan tiada rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham.- CARI


13

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 14-8-2017 11:36 AM
laaaa, kalau pemandu ni jmp dgn geng kunyit yg memegang abg bear tu. .agak2 apa jd?
Quote lasagnaklcc 14-8-2017 11:40 AM
Kalau naik grabcar/uber/etc, sape yg bayar tol eh?

Quote cauliflower 14-8-2017 11:48 AM
Grab penumpang bayar....mesti puak bukit ni nak jimat so dia pilih jalan jauh instead of jalan dekat. Kesian la sikit kt Grab, dia cari makan. Tambang grab fixed, so kalau pusing jalan 2x or 3x ganda jalan jauh, kesian la kat driver sbb tambang sama je.
Quote Simunggu 14-8-2017 11:50 AM
hati hati dgn grab...seluruhannya grab jauh lebih baik dari taxi...
Quote fox. 14-8-2017 11:53 AM
kesian ko dik, makin kena tumbuk kat tulang hidung. makin rata jadinya
Quote mie07 14-8-2017 12:03 PM
salah faham ada dimana-mana
Quote -electrifying- 14-8-2017 12:07 PM
lasagnaklcc replied at 14-8-2017 11:40 AM
Kalau naik grabcar/uber/etc, sape yg bayar tol eh?

kita la, masokkan dlm tambang...
sbb tu dia xnk masok tol...
mostly klau ikot "waze" grab akan bawa ke jln yg ade tol.
Quote Artemesiaa 14-8-2017 12:08 PM
Rasanya bukan sekadar alasan nak elak tol je tu.  Sesetengah orang dia prefer pemandu guna jalan biasa yang dia selalu lalu untuk kesatu2 tempat tu.  Kalau guna jalan berbeza mungkin dia bimbang kalau2 dibawa ke tempat lain.  Bila dah argue macam tu mesti masing2 mudah naik angin.
Quote aHoi83 14-8-2017 12:08 PM
Nk masuk jln klang lama jauh berpusing , byk trafic light. Kos minyak meningkat. Mestila pemandu grab akan lalu jalan yg paling dkt n senang. Then guna waze utk mengelak jln jem. Sbb harga yg tertera adalah mengikut berapa kilometer perjalanan dr tempat pickup ke destinasi. Bukan ikut suka ko je nak pusing2 jln hanya kerana ko tknak bayar tol.
Quote Ubatdemam 14-8-2017 12:09 PM
Salah penumpang..dan pemandu grabbmesti tak dapat nk mengawal ketensionan.  Merasalah ko .. ni budak kurang ajar ni..
Quote ntahapapantah 14-8-2017 12:10 PM
Masing2 nak untung, last2 kena batang hidung.
Quote lasagnaklcc 14-8-2017 12:11 PM
-electrifying- replied at 14-8-2017 12:07 PM
kita la, masokkan dlm tambang...
sbb tu dia xnk masok tol...
mostly klau ikot "waze" grab akan b ...

Oo okay, thank you. No wonder la... kalau ikut waze confirm la the quickest route.
Quote haryatie 14-8-2017 12:13 PM
blum pernah lg guna grab
uber tu biasa la..selalu jugak..
nasib baik x jumpa lgik yg ting tong
tp kalau pemandu taxi mmg selalu yg ting tong
yg menggatal, yg sombong bodoh...
Quote Penglipurtales 14-8-2017 12:13 PM
Pemandu Grab gaduh dgn bini, pastu budak tu buat panas.. panasss je hati pemandu tu.
Quote EvieWanKenobi 14-8-2017 12:16 PM
cakap jelah..
kenapa kena pukul2 orang??
Quote ashcroft86 14-8-2017 12:17 PM
Kesian bawak GRAB sebab fix price kan, klu uber, makin lama ko dalam kete, makin bnyak ko kene bayar, maybe driver ni perlu meningkatkan tahap kesabaran beliau, ye lah, keje dalam line servis ni kene jumpa banyak perangai orang. Passenger pon ramai je perangai hantu.
Quote missinpiece 14-8-2017 12:25 PM
Ingat naik teksi or keta sapu ke suka2 nak tukar laluan? Tambang n laluan of course dah fix kan. Jenis2 org mcm ni mmg slalu menyusahkan org padahal kita yg kt services line ni dah cuba sehabis daya utk accomodate ngn dieorg nye kehendak.
Quote OrenTheReturn 14-8-2017 12:31 PM
Walau apa pun tak perlu sampaiiii naikkk tangannn katt muka org, tambahh2 pompuannn. Dasarrr dayusss n low classss! Padannn muka kena tangakapppp! Mestiii ummahhh kaperr lehanatt or attheist jantann nii, org melayu suniiiii biasanya jenisss sabarrr n berimannnn.
Quote cocorex 14-8-2017 12:54 PM
Padan muka ko amoi..byk songeh pastu nk tunjuk samsung pegi hempas pintu kete tu kuat2..selayaknyer kena penumbuk dgn driver tu..dasar cina bukit

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067709 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top