CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Belum Ada Rezeki" - Hazama Reda, Isteri Dibedah Mengandung Luar Rahim

23-3-2017 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18471| Komen: 86|Original author: Oleh: Maly Rosli

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin belum masanya bagi penyanyi Hazama dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata apabila isterinya, Genervie Kam, 37, terpaksa dibedah selepas disahkan mengandung di luar rahim.



Foto: IG Hazama

Memetik Harian Metro, Hazama, 33, berkata, Genervie dimasukkan ke pusat perubatan di Subang Jaya petang kelmarin selepas mengalami menstruasi tidak normal selama dua minggu.

“Pada mulanya, kami gembira kerana doktor memaklumkan isteri mengandung. Namun, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah pendarahan dalaman kerana isteri mengandung di luar rahim.

“Doktor juga memaklumkan isteri perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mujur saya cepat bertindak dengan membawa Genervie ke hospital. Ini kerana jika lambat ia boleh membawa maut,” katanya kepada Harian Metro.




Pun begitu, Hazama bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar dan isteri berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, Genervie akan berehat di rumah selama dua minggu sebelum kembali bekerja.

“Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Agaknya kerana kami sendiri belum bersedia untuk menimang anak lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami merancang untuk mendapat anak tahun depan,” katanya.


Foto: IG Genervie 

Kesedihannya itu turut dikongsi di akaun Instagramnya. Semoga Hazama dan pasangan tidak berputus asa dan lemah semangat menghadapi ujian hidup. - CARI
13

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiyudi 22-3-2017 12:50 PM
MUKA hazama dh macam PIAN pulak

Quote aikee04 22-3-2017 12:54 PM
Takziah.....moga cepat sembuh
Quote Anjalli 22-3-2017 12:57 PM
Takziah Gen & Hazama.
Quote hinata_holic 22-3-2017 12:58 PM
Takziah hazama n gen. Insyallah akan menyusul lagi..
Quote kutu_ayam 22-3-2017 01:03 PM
Takziah buat hazama dan isteri.....moga dapat bertabah dan redha.
Quote fulusss 22-3-2017 01:03 PM
hashtag ape macam tu. alang2 buat je la cerpen kan senang..
Quote laksmanabentan 22-3-2017 01:23 PM
semoga dipermudahkan dan di kurniakan zuriat...
Quote tensic~ 22-3-2017 01:25 PM
Cam nk sepuk pulak duckface hazama tu
Quote mesmerize 22-3-2017 01:25 PM
takpe bole cuba lagi..
Quote sukacactus 22-3-2017 01:38 PM
Salam takziah
Nnt ada la rezeki tu
Quote catalina 22-3-2017 01:38 PM
Ngape comot no hazama nih?
Quote dekmieDandy 22-3-2017 01:45 PM
mohon cukur misai
Quote terpaku 22-3-2017 01:47 PM


masuk tapi pakai mask
Quote Lavender_Violet 22-3-2017 01:52 PM
Busuknya ko Hazama
Tapi ko sharp shooter, baru nikah dah menjadi
Quote syadq 22-3-2017 01:57 PM
Takziah.               
Quote d_dalia 22-3-2017 02:00 PM

motip sgt?? busuk sgt kah?..
Quote Mleeen82 22-3-2017 02:07 PM

Takziah buat hazama dan isteri.....moga dapat bertabah dan redha.
Quote prettyuglybabe 22-3-2017 02:07 PM
Lavender_Violet replied at 22-3-2017 01:52 PM
Busuknya ko Hazama
Tapi ko sharp shooter, baru nikah dah menjadi

ada hikmah juga.. kalau tak ramai kuar calculator..
Quote kaklehot 22-3-2017 02:11 PM
mana si semut merah...x kuor dia punya calculator kah..apapun takziah & coba & coba lg hazama...u can do it..

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.110806 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top