Ada orang yang hidup senang namun langsung tiada perasaan syukur dalam dirinya. Ada sesetengah pula hidup dalam kemiskinan namun dengan usaha dan semangat tekad, akhirnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.
Inilah yang terjadi pada seorang pelajar perempuan SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor yang mendapat keputusan yang membanggakan 6A 1B+ 1C+ dalam SPM baru-baru ini. Farah Marcella dan adik beradiknya ditinggalkan oleh bapa mereka tanpa tempat berteduh. Lebih malang lagi mereka terpaksa merempat di sebuah pusat snuker. Disebabkan kesempitan hidup dan masalah peribadi yang menimpa dirinya, Farah jarang hadir sehingga dibuang dari sekolah. Namun dia bertuah kerana gurunya, Cikgu Suraya mengajak Farah untuk tinggal bersamanya. Hanya dalam tempoh dua bulan lebih berusaha keras mengulang kaji pelajaran, Farah sudah membuktikan dia juga boleh berjaya seperti orang lain. Status yang dimuat naik oleh Cikgu Suraya jelas menunjukkan betapa bangga dirinya terhadap anak didiknya itu. Turut menjadi perhatian adalah status abang kepada Cikgu Suraya, Zaikhan Abdul Rahim yang bercadang untuk membantu Farah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Status tersebut mendapat reaksi dari netizen yang rata-rata sebak dengan kisah ini. Kisah seperti ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian hidup, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita benar-benar berusaha ke arahnya. -CARI
|
27
Bagus |
21
Marah |
25
Terkejut |
27
Sedih |
26
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 11:01 AM
esok bila anak dah berjaya, tetiba si bapak tak guna tunjuk muka..
ADVERTISEMENT