CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Konsert Kedua EXO Di Malaysia, Peminat Tak Puas Hati Dengan Lokasi Stadium Merdeka?

20-3-2017 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4937| Komen: 1|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Setahun kemudian, bertempat di stadium yang sama, berlangsung pada bulan yang sama cuma bezanya adalah tarikh diadakan. EXO PLANET #3 THE EXO'rDIUM, WORLD TOUR IN MALAYSIA ...


Setahun kemudian, bertempat di stadium yang sama, berlangsung pada bulan yang sama cuma bezanya adalah tarikh diadakan. "EXO PLANET #3 THE EXO'rDIUM, WORLD TOUR IN MALAYSIA 2017" telah kembali menggegarkan stadium terbuka ini iaitu Stadium Merdeka Kuala Lumpur untuk kali kedua dengan dihadiri seramai 15,000 peminat EXOL seluruh Asia.

Seperti peminat telah sedia maklum bahawa Kai telah mengalami kecederaan pada kaki beliau namun pada konsert EXO di Malaysia, peminat sangat cukup bertuah kerana dapat menyaksikan kesemua 9 ahli EXO beraksi diatas pentas setelah Kai sembuh sepenuhnya daripada kecederaan kaki yang dialaminya.





Semasa sesi berinteraksi dihadapan peminat, selain kata-kata yang tidak asing seperti "Aku Cinta Kamu" dan "Apa Khabar Malaysia", Suho yang merupakan ketua kumpulan berkata mereka sangat gembira kerana dapat datang lagi ke Malaysia walaupun keadaan cuaca yang sangat panas tetapi mereka lagi teruja dengan sambutan peminat untuk konsert tersebut. 


Pada konsert di Malaysia, EXOL Malaysia telah menyediakan beberapa 'Fans Project' di mana salah satunya adalah sambutan awal harijadi Xiumin yang jatuh pada 26 Mac. Oleh kerana cuma di Malaysia adalah satu-satunya konsert yang diadakan di stadium terbuka, bagi peminat sudah tentu tidak menginginkan hujan tapi tidak bagi ahli EXO yang sangat mengharapkan hujan akan turun demi menjayakan rancangan sambutan istimewa untuk Xiumin namun hampa ianya tidak berlaku.

Akhirnya seterusnya cuma nyanyian selamat harijadi saja dengan diiringi suara peminat khas untuk Xiumin. Manakala Kai pula meluahkan rasa terkilannya disebabkan pentas yang terbatas membuatkan mereka tidak sampai dengan dekat kepada peminat yang duduk jauh dari kawasan pentas. Maka dia berjanji diharapkan pada konsert mereka yang akan datang di Malaysia, pihak pengurusaan akan menambahkan kos perbelanjaan untuk pentas yang lebih panjang.

Diharapkan janji mereka yang akan datang ke Malaysia pada tahun hadapan akan terlaksana dengan harapan pihak pengurusan akan menambahkan keluasan pentas supaya lebih ramai peminat dapat melihat mereka dengan lebih jelas di belakang. Syabas juga diucapkan kepada pihak penganjur utama iaitu Starplanet kerana berjaya memperbaiki keadaan yang lebih baik dari tahun lepas dengan pengurusan dan penyusunan aturan peminat. 

Cuma berharap sekiranya di tahun hadapan jangan pilih Stadium Merdeka lagi disebabkan peminat yang duduk dibahagian belakang "Rock Zone" tidak dapat melihat dengan jelas pentas di hadapan.


Kredit foto: Star Planet

Konsert ini yang berlangsung hampir 3 jam dengan 28 buah lagu lama dan baru dipersembahkan adalah dibawakan sekali lagi khas oleh penganjur utama Malaysia Star Planet dengan sokongan Malaysian Major Events dan kerjasama Spritzer Mineral Water. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengajur kerana memberi kesempatan kepada CARI Malaysia untuk membuat liputan konsert ini.

Senarai lagu konsert di Kuala Lumpur

1.     MAMA (Remix) (KR)
2.     Monster (Remix) (KR)
3.     Wolf (KR)
4.     White Noise (KR)
5.     Thunder + Playboy (KR)
6.     Artificial Love (KR)
7.     Unfair (KR)
8.     Acoustic Version (My Lady - My Turn To Cry - Moonlight - Call Me Baby - Love Me) (KR)
9.     What If... (KR)
10.   Tender Love (KR)
11.   Love Me Right (KR)
12.   One and Only (KR)
13.   Stronger (CH)
14.   Heaven (KR)
15.   Girl X Friend (KR)
16.   3.6.5 (KR)
17.   중독 (Overdose)(KR)
18.   Transformer (KR)
19.   Lightsaber (Remix) (KR)
20.   Together (Xiumin, Changyeol, Sehun) (KR)
21.   Full Moon (KR)
22.   Drop That (KR)
23.   EXO Keep On Dancing
24.   Lucky (KR)
25.   Run (KR)

ENCORE

26.   으르렁 (Growl)_extended version (KR)
27.   Lucky One (KR)
28.   Angel (KR)
28

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alien88 20-3-2017 10:44 AM
wow.. 15k tu.. nasib xg..
buat dkt stadium merdeka, kalau beli yg seating dpt tgk EXO dkt skrin je lah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.373696 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top