CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Anak Mati Macam Mana?" -Bapa Kesal Peniaga Jual Gula-Gula Bentuk 'Deodorant'

27-2-2017 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10661| Komen: 41|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan masih bersekolah rendah, pasti pernah menghadapi situasi di mana mereka merengek untuk dibelikan makanan ringan.


Mungkin bila anak-anak berada di depan mata, ibu bapa masih dapat melarang dan memilih makanan ringan mana yang sesuai dan boleh dibeli.

Namun seorang bapa yang dikenali dengan nama Ameng Impian ini menceritakan pengalamannya terkejut melihat anaknya sedang menghisap 'deodarant'.

Rupa-rupanya botol yang berbentuk seakan pewangi ketiak tersebut adalah gula-gula yang dibeli anaknya di luar pagar sekolah.

Perkara ini menimbulkan kekesalan pada diri Ameng dengan sikap penjual yang tidak bertimbang rasa dan hanya mementingkan soal keuntungan.


Foto: FB Apeng Impian
"Abang jangan tunjuk pada adik tau benda-benda macam ni. Nanti adik ambil Deordarant ayah pulak hisap. Kalau adik sakit perut keracunan muntah2 mati macam mana???"

Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa tersalah menghisap botol pewangi ketiak yang disalah sangka sebagai gula-gula?

Foto: FB Apeng Impian
Statusnya menjadi tular di media sosial dan rata-rata komen yang diterima adalah dari ibu bapa yang risau tentang keselamatan anak mereka.

Sebelum ini juga pernah kecoh tentang makanan ringan yang berbentuk seperti rokok. Ini mungkin boleh mempengaruhi minda anak-anak untuk mencuba rokok yang sebenar pula kelak.

Justeru itu, bagi peniaga di luar sana mohon lebih berhati-hati untuk memilih barangan apa yang sesuai untuk dijual. Pihak berwajib juga perlu memainkan peranan bagi memantau para peniaga untuk menghalang penjualan makanan ringan yang boleh mempengaruhi dan mendatangkan kemudaratan pada anak-anak.

Ibu bapa pula diminta untuk memberikan lebih perhatian pada anak-anak sebelum perkara buruk terjadi pada keluarga anda. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
15

Bagus
31

Marah
37

Terkejut
30

Sedih
22

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 27-2-2017 11:21 AM
kad????
kat lah. dah jadi bapak budak pun. pening aku baca memula
Quote fishcracker 27-2-2017 11:31 AM
comel tapi geli pulak nak makan roll on candy
Quote prettyuglybabe 27-2-2017 11:33 AM
harap bodoh apaknya tak turun sangat ler kat anak..
Quote zawara 27-2-2017 11:59 AM
Dah knp g bagi nivea tu acah2 model plak ank dia..nak tunjuk apa sebenarnya
Quote aldilla_zahraa 27-2-2017 12:02 PM
Kad... kad...
Nak je aku cucuk biji mata bapak dia. Eja elok2 la wei, anak dah besar panjang dah pun
Quote Apai90 27-2-2017 12:16 PM
Kesian adik dia..  Abg tu pun kongsi la sama gula2 tu.  Ni tak kesian adiknya sampai kena cari deodorant  ingat bnda yg sama..   
Quote seri_mawr 27-2-2017 12:17 PM
zawara replied at 27-2-2017 11:59 AM
Dah knp g bagi nivea tu acah2 model plak ank dia..nak tunjuk apa sebenarnya

dia nak tunjuk anak kecik tu x tahu yg mana boleh mkn yg mana tidak aku rasa....anak2 kecik x tahu beza...

si abang beli bawak balik...abg tu reti beza mana gula2 mana deodorant..si adik anak kecik tu tak tahu beza..


Quote zawara 27-2-2017 12:18 PM
seri_mawr replied at 27-2-2017 12:17 PM
dia nak tunjuk anak kecik tu x tahu yg mana boleh mkn yg mana tidak aku rasa....anak2 kecik x tahu ...

Ohh camtu ke..sian bdk tu
Quote seri_mawr 27-2-2017 12:20 PM
zawara replied at 27-2-2017 12:18 PM
Ohh camtu ke..sian bdk tu

akak pikir mcm gitu....
maksud tersirat dari cerita kat atas tu...

hihihhii..
Quote pakis_hutan 27-2-2017 12:21 PM
Motif deodorant bubuh bersepah?
Quote ejans 27-2-2017 12:25 PM
Gelak terkekek2 aku tgk gmbor gula2 tu... pastu menyampah pon ada baca tulisan ejaan ayah dia.. mcm pbbnu .. tp tiba2 nak marah plak dgn penjual2 gula2 skang ni... apelahh kandungan dlm tu kan.. hmmm.. banyak btol expression dlm cita ni
Quote krustykrab 27-2-2017 12:40 PM
tu la peniaga pikirkan keuntungan je...bila kena sita, mula la menyalahkan org
Quote mieymiey 27-2-2017 01:03 PM
Gula-gula sekarang memacam bentuk ada. Kreatif sangat.

Tapi apak nya pun, NIVIA tu tak kisah lagi tapi KAD KAD tu
Quote sukesuke 27-2-2017 01:07 PM
Aku risau gule2 tu tersapu kat ketiak jer..abes kena hurung semut..
Quote nononcrux 27-2-2017 01:13 PM
tak yah le kasi ank mkn junkfood mcm tu, rosak gigi pewarna lebih.
Quote erishuji 27-2-2017 01:42 PM
eh menyampah pulak tgk penulisan bapak die.  takkan xtau bexa "t" dgn "d"
Quote terpaku 27-2-2017 01:50 PM
bapak ko generasi wechat ke dek..takziah la
Quote nyanyan 27-2-2017 02:11 PM
tak menahan warna gula gula pun sama dengan deodorant
Quote WhiskeyScotch 27-2-2017 05:33 PM
Ish geli pula tgk gula-gula tu. Dah macam deodorant terus terbayang ketiak.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084426 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top