CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Bergaji RM1600 Kini Miliki Aset Lebih RM1 Juta, Apa Rahsianya?

28-2-2017 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13067| Komen: 41|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit — Foto ihsan Facebook/Syafieqah A'lya


Kisah seorang gadis Melayu yang mengecapi kejayaan besar diusia muda mula menjadi bualan ramai di media sosial.

Siti Nursyafieqah Abu Bakar yang kini berusia 25 tahun ternyata mengejutkan ramai apabila sudah memiliki tiga aset penting melebihi RM1 juta. 

Gadis yang pada asalnya bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini hanya menerima gaji asas sebanyak RM1,600 sebulan. Jadi agaknya apakah punca beliau mampu memliki aset hingga jutaan Ringgit?

"Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang", itulah peribahasa paling sesuai dengan kisah kejayaan Siti Nursyafieqah.


Berkongsi kisah kejayaannya dengan sinarharian, Siti Nursyafieqah berkata bahawa kesenangannya hari ini adalah hasil dari "ikat perut" dan melakukan dua pekerjaan sejak berusia 21 tahun.

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

“Sehinggakan saya pernah dikatakan 'gila'. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya.

“Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 ketika awal permulaan kerjaya dan ketika itu usia saya baru mencecah 21 tahun.

“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.

Tambahnya, setiap 24 jam sehari tidak disia-siakan dengan berlibur, tetapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan.

Bahkan dia juga tiada masa untuk pulang ke kampung halaman kerana sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian untuk mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja.

Dia bersyukur, sikapnya yang jimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan sehingga ke hari ini.

Kini Syafieqah kini mampu tersenyum kerana memiliki kereta mewah Subaru XY. Foto ihsan Facebook/Syafieqah A'lya

Menerusi Facebook Khairul Ezuwan yang merupakan rakan Nursyafieqah, lelaki ini turut berkongsi rahsia disebalik kejayaan rakannya itu.

Saya nak share sedikit apa antara yang beliau telah kecapi sebelum umur beliau 24 tahun atas kebenaran dari beliau untuk menjadi inspirasi kepada orang Ramai terutama golongan muda dan belia.

Beli Kereta Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB 200K , Teknik Compounding. Tidak usik dividen.
Rumah Terrace Superlink baru 5 bilik, 5 bilik air.
simpanan yang besar setiap bulan. Semua komisen, OT & income part time disimpan. Beliau hanya gunakan gaji basic untuk survive.

Beli kereta Subaru XV (kegunaan sendiri)
pembiayaan belajar telah dilangsaikan
tidak mempunyai pinjaman peribadi

tidak pernah mempunyai kredit kad


Seronok kan baca kisah kejayaan orang lain lebih-lebih lagi diusia muda sudah mempunyai pelbagai aset. Semoga kisah kejayaan adik Syafieqah ini dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat buat remaja diluar sana. 

Jika Syafieqah yang pada asalnya hanya bergaji kecil juga mampu berjaya, apa pula alasan kita? Syafieqah memang berdisiplin dan bijak mengurus kewangan, jadilah seperti Syafieqah!  - CARI






18

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
32

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-2-2017 12:25 PM
    tahniah well done..
Quote munchkin 28-2-2017 12:31 PM
Tahniah. Ramai kongsi tapi hanya utk raih like. Balik rumah sambung perabih suit nak show off.
Quote mieymiey 28-2-2017 12:37 PM
Banyak yang dia kena korbankan demi kesenangan yang dia kecapi sekarang.
Quote pukulrata 28-2-2017 01:09 PM
yg bulat tak dtg bergolek yg pipih tak dtg  melayang
rakit2 ke hulu, renang2 ke tepian
sdgkan lidah lagi tergigit
dah terang lagi bersuluh
sediakan payung sebelum hujan
alah bisa tegal biasa
kerana pulut santan binasa
Quote syitaeyqa 28-2-2017 01:27 PM
tiada masa pulang ke kampung halaman

hmmm
Quote JeNaB_PopPop 28-2-2017 01:45 PM
so ape rahsianya?
Quote spankee_fili 28-2-2017 01:56 PM
eh...camne she buat actually?
simpan berapa banyak setiap bulan?
Quote bobo_beck 28-2-2017 03:08 PM
masa bujang boleh kot ikat mcm2 mkn xmkn sndiri yg rasa..... pastu keje ada ot n komisyen.. klau kje ada basic je rm1600 xleh nk nyimpan sgt... anyway dia mmg bijak semoga trus berjaya..
Quote prettyuglybabe 28-2-2017 03:36 PM
makna nya gaji dia bukan rm1600 la..
tu basic je.. OT dengan komisyen dia tak cerita pulak berapa..
tips kejadah gitu..
ye ye je cerita hipstur hipstur ni..
Quote pestol 28-2-2017 03:52 PM
ini semua agenda nk suruh buat ASB tak pun join MLM....
Quote pestol 28-2-2017 03:55 PM
prettyuglybabe replied at 28-2-2017 03:36 PM
makna nya gaji dia bukan rm1600 la..
tu basic je.. OT dengan komisyen dia tak cerita pulak berapa.. ...

Kann... tah2 ahli keluarga kaya raya abg lokman pun gaji 1600 juga, tolak EPF 11% jadi 1424 tolak sewa rumah 400 jadi 1024 tolak GST 6% terus habis gaji ni nasib naik basikal..
Quote pestol 28-2-2017 03:56 PM
spankee_fili replied at 28-2-2017 01:56 PM
eh...camne she buat actually?
simpan berapa banyak setiap bulan?

tips dia senang je nk jadi mcm aweks ni.. JOIN BN nti dpt BR1M pastu kaya la.. mudah kan!
Quote pestol 28-2-2017 03:57 PM

Rahsia nya senang je... JOIN BN nti dpt BR1M pastu jimat2 n duit BR1M.. nanti kaya lah
Quote merrissa 28-2-2017 04:19 PM
prettyuglybabe replied at 28-2-2017 03:36 PM
makna nya gaji dia bukan rm1600 la..
tu basic je.. OT dengan komisyen dia tak cerita pulak berapa.. ...

khennn.......ntah hape2....
xpe la jadik kan la sebagai pembakar semangat...
Quote merrissa 28-2-2017 04:20 PM
keja kedua?....juai insuran ka?...or juai kosmetik terlajar laris?...juai ubat???

Quote jpbstarlife 28-2-2017 04:48 PM
klau keje utk diri sendiri blh la....
Quote mybodyshop 28-2-2017 04:58 PM
kena buat banyak keje la kesimpulannya kan... die buat part time.. seperti saranan menteri gitewww
Quote airisa 28-2-2017 06:03 PM
sampai takde masa balik kampung halaman???


jgn menyesal sudah la
Quote exclusive_vvip 28-2-2017 07:00 PM
prettyuglybabe replied at 28-2-2017 03:36 PM
makna nya gaji dia bukan rm1600 la..
tu basic je.. OT dengan komisyen dia tak cerita pulak berapa.. ...

haah..ye ye je highlight 1600..dulu pun ada mamat share psl mampu beli hartanah..sebut gaji basic je..pdhal jumlah slps tambah tang ot,elaun x sentuh plak...walaupun i bangga anak2 muda mampu miliki hartanah banyak, tapi kekadang bosan gak bila diorg hipokrit bab2 gaji tu...lagi 1, takde ke forumer yg kenal atau satu tempat keje dengan diorg2 ni yer...nak tau gak,kemut ke tak kemut...sbb biasa klu i jumpa org yg jenis cermat gini,mmg stail genggam duit ketat2 punye...nak beli suar kecik pun dua tiga kali angkat letak angkat letak ... kesimpulannya, nak share supaya ramai org jadikan contoh,itu bagus..tapi kalu masa yg sama,sembunyikan bende2 penting yg lain di sebaliknya, itu hipokrit...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.185005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top