Masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas dirogol di negara kita pada saban tahun. Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor.
Antara faktor termasuk keruntuhan akhlak, tidak dapat mengawal nafsu dan pengaruh media massa serta bahan-bahan lucah yang mudah didapati. Memetik laporan Harian Metro, kelmarin seorang pencuci kereta yang berusia 22 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru atas tuduhan merogol kekasih bawah umur pada November tahun lalu. Selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, pemuda yang dikenali sebagai Wan Mohamad Firdaus Wan Razni mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Nazri Ismail. Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad Firdaus didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan di dalam Proton Satria di tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, jam 10 malam, pada 25 November 2016.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 16 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.- CARI |
3
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
otai_g replied at 20-1-2017 12:21 AM
Btl ke rogol ni? Ntah2 si perempuan yg rela mengofferkn diri.
ADVERTISEMENT