CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Bangkai Ayam Dijual Semula Di Restoran Di Perak, MB Arah Siasat

20-1-2017 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3096| Komen: 13

Description: Baru-baru terdapat dakwaan bangkai ayam dijual kepada beberapa restoran di negeri Perak yang tular di media sosial.

Kewujudan pelbagai laman sosial dan aplikasi moden seperti Facebook, Twitter dan YouTube telah memudahkan bahan viral disebarkan dengan meluas dan pantas.


Bahan tular boleh menjadi medium yang memberi maklumat kepada orang ramai dan pada masa sama memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang sewajarnya.

Baru-baru terdapat dakwaan bangkai ayam dijual kepada beberapa restoran di negeri Perak yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kerajaan negeri akan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menyiasat dakwaan berkenaan.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar bangkai ayam yang dijual semula kepada restoran yang tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu namun tidak dinyatakan lokasi kejadian.

Tambah beliau siasatan rapi akan dijalankan terlebih dulu sebelum sebarang kenyataan boleh dibuat.

"Sebelum apa-apa kenyataan dikeluarkan, kita perlu memastikan perkara itu berlaku terlebih dulu dan tindakan seterusnya akan diambil." 

Bagaimanapun, isu berkenaan tidak boleh dipandang mudah sekiranya ia benar berlaku kerana membabitkan makanan serta sensitiviti masyarakat, ujar beliau.- CARI

sumber foto: Perak Today


13

Bagus
18

Marah
10

Terkejut
29

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eLiaD 20-1-2017 07:32 AM
lambatnye nk bertindak..ni ayam yg dah kiok ke ape
Quote brainbiru 20-1-2017 07:54 AM
Sorry baru keluar gua... tular tu apa?
Quote rosasa 20-1-2017 08:12 AM
brainbiru replied at 20-1-2017 07:54 AM
Sorry baru keluar gua... tular tu apa?

tular = viral


Quote wunan88 20-1-2017 08:21 AM

siapa yg g cipta bahasa nie..hodoh sangat sebutannya dah macam bahasa org indon..ngong btol
Quote rosasa 20-1-2017 08:25 AM
wunan88 replied at 20-1-2017 08:21 AM
siapa yg g cipta bahasa nie..hodoh sangat sebutannya dah macam bahasa org indon..ngong btol

DBP uols

http://prpm.dbp.gov.my/
Quote white_musk 20-1-2017 08:55 AM
Menunjukkan mereka buat kerja
Quote Simunggu 20-1-2017 08:56 AM
ini lah salah satu sebab aku tak masuk kedai mamak atau yendia...
Quote brainbiru 20-1-2017 09:10 AM
rosasa replied at 20-1-2017 08:12 AM
tular = viral

Tengkiu...

depa cipta perkataan baru rupanya...

Tapi perkataan2 lama yg dimelayukan padahal dah ada perkataan bm sendiri mcm..

Informasi... maklumat
Diskusi... perbincangan
Khinzir.... babi
Iftar... buka puasa
Quote nononcrux 20-1-2017 12:12 PM
brainbiru replied at 20-1-2017 07:54 AM
Sorry baru keluar gua... tular tu apa?

mcm kutu menular dirambut itu la umpamaan nye. apesal tak guna "Sebar"perkataan tu lbh sesuai kot berbanding tular
Quote ustazahLASER 21-1-2017 04:59 AM
Melayu sibuk ubat kuat....Bela ayam bangsa lain.... kocok kocok.....
Quote mbhcsf 21-1-2017 05:01 AM
tak ada implikasi jangka panjang ke  terhadap kesihatan pengguna? sebab ambik iktibar BSE  atau mad cow disease tu , di mana lelembu tu diberi makan ape , tu?

yes

ya allah harapnya pengusaha yg mengamalkan  amalan penternakan yg baik  you know bagilah makanan yg elok pada ternakan

sebab last last pun , the top of the food chain is stil human...
Quote MasturaHassan 21-1-2017 03:18 PM
harap2 tak betul
Quote TuntungReturn 21-1-2017 03:24 PM
zaman mahathir tukar belanjawan kepada bajet..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061891 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top