Jika anda masih ingat lagi, Isnin lalu stesen minyak Petronas yang bertempat di Jalan Expressway Kuching – Samarahan berlaku insiden di mana terdapat sebuah lori secara tiba-tiba bergerak ke arah kiri dan merempuh beberapa buah kenderaan yang berada berhampiran.
Terbaru pula, sebuah kedai makan di Jalan Telipot, Kota Bahru, Kelantan dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda hari ini. Difahamkan ketika kejadian pada 4.45 pagi, pemilik kedai tersebut Khalijah Awang, 50, bersama suaminya, Che Hamid Che Nor, 55 kebetulan berada di rumah mereka di Kampung Paya Senang. Menurut Khalijah, kejadian yang malang itu disedari selepas dimaklumkan anak saudara yang mendiami berdekatan di kawasan kemalangan. "Saya bersama suami segera ke lokasi dan terkejut apabila melihat kedai makan rosak teruk akibat rempuhan kuat kenderaan terbabit." "Berikutan itu, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, pada 9.30 pagi."
Menurut penduduk yang menyaksikan kejadian memaklumkan, ketika kejadian, kenderaan yang menghala ke Pasir Hor itu hilang kawalan dan terbabas. Sejurus itu, Khalijah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada 9.30 pagi dan anggaran kerugian kira-kira RM20,000. Keadaan pemandu kenderaan itu tidak diketahui kerana pemandu terbabit didakwa saksi meninggalkan lokasi kejadian menaiki Proton Exora.- CARI |
15
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cupu replied at 19-1-2017 08:57 AM
hilux curi kan.tu yg lps eksiden lari..kesian owner kedai nssi kerabu..kn tgung sndr baiki kedai.
ADVERTISEMENT