Tiada limau mandarin di negara ini yang dikesan mengandungi sulfur dioksida dan bagi memastikan ianya selamat dimakan pemantauan ke atas limau mandarin yang dijual di pasaran akan diteruskan.
Demikian pengesahan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya sepanjang 2015 hingga tahun lepas. Tambah Noor Hisham penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet adalah dibenarkan dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983. "Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA)." "Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan."
Denda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun akan dikenakan ke atas sesiapa yang gagal mematuhinya.- CARI |
21
Bagus |
8
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT