CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60%

7-1-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8682| Komen: 76

Description: Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming Berkata, Permintaan Domestik Di China Meningkat Sejak Beberapa Tahun Dan Ia Semakin Bertambah Pada Tahun Ini Sekali Gus Menyebabkan Bekal ...
Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60%



GEORGE TOWN: Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20% dan 60% berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan.

Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China.

Fujian terkenal dengan pengeksport bagi limau mandarin jenis Lokam.

Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, permintaan domestik di China meningkat sejak beberapa tahun dan ia semakin bertambah pada tahun ini sekali gus menyebabkan bekalannya semakin berkurangan.

Kebanyakan tanaman limau mandarin dituai pada Disember tahun lepas.

Sunshine dijangka mengimport kira-kira 90,000 karton limau mandarin dari Fujian.

Bekalan buah limau mandarin jenis Teachew turut dijangka berkurangan selepas wilayah itu mengalami hujan lebat yang merosakan banyak tanaman.

Para pengguna boleh menjangkakan kenaikan 70% pada harga berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan.

Teochew kam terkenal kerana bau wanginya dan digunakan untuk upacara sembahyang.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaintea 6-1-2014 10:05 PM
Dan dan kekurangan bekalan

Hmmm....
Quote HannahMontana 6-1-2014 10:05 PM
makan limau nanti boleh kaya...org cina kata.
Quote sepiITUindah 6-1-2014 10:06 PM
ni baru betul cina yang kontrol
Quote siputsedut 6-1-2014 10:07 PM
Sedihnya.. aku suka shopping limau time CNY..sekotak sepuluh ringgit je...thn ni naik berapa ringgit la buah febret gue
Quote shiro82 6-1-2014 10:07 PM
Nasib aku x makan sangat limau mandarin.
Quote AdamBillionaire 6-1-2014 10:09 PM
melayu tak de nak buat limau jawi ke? limau mandarin dah ada? kita kena kreatif..

cm kt perlis ada tanam kurma under MTIB.. boleh google projek tanam kurma..
Quote dino 6-1-2014 10:10 PM
nak mintak ngan hugghie satu kotak....
Quote mikasa 6-1-2014 10:11 PM
Aku tunggu nak beli lepas raya je.
Quote pyropura 6-1-2014 10:12 PM

...napa tak beli dari nugara lain, macam Oz ka, South Aprika ka,....tapi mungkin Chinese punya terbaek kot...



Quote mialunar 6-1-2014 10:13 PM
cdap buah nie.. tetiap tahun beli sekotak
Quote TuntungReturn 6-1-2014 10:13 PM
aku tgk bebondong2 melayu beli limau 2,3 kotak
Quote pyropura 6-1-2014 10:16 PM
AdamBillionaire posted on 6-1-2014 10:09 PM
melayu tak de nak buat limau jawi ke? limau mandarin dah ada? kita kena kreatif..

cm kt perlis a ...


al jawi = jawa....
Quote dino 6-1-2014 10:19 PM
pyropura posted on 6-1-2014 10:12 PM
...napa tak beli dari nugara lain, macam Oz ka, South Aprika ka,....tapi mungkin Chinese punya ter ...

limau camni takleh tanam kat msia ka..... aku tunggu org bagi je ni hahah.....


Quote ikan_kaghing 6-1-2014 10:22 PM
Adakah cina dap cuba menekan cina mca dan saudara Ridhuan Tee ?
Quote nurul_akmar 6-1-2014 10:27 PM
laaa.. kekurangan pulak?
Quote ultra78 6-1-2014 10:28 PM
Sebab musim tengkujuh di china

Quote cmf_rambutan 6-1-2014 10:29 PM
tiba2 kekurangan bekalan.... seblom nih tak ujan dah okey saja bekalan....
Quote gogo2 6-1-2014 10:44 PM
TuntungReturn posted on 6-1-2014 10:13 PM
aku tgk bebondong2 melayu beli limau 2,3 kotak

Makanan menyatukan rakyat
Agama memisahkan rakyat
Quote aechae 6-1-2014 10:52 PM
so bg limau jela nnt xyah angpow

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061049 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top