Zaman sekarang tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing berlumba-lumba untuk kelihatan menarik dan menonjol dari orang lain semata-mata mahu dipuji.
Jika wanita sibuk dengan alat solekan dan baju yang cantik, lelaki pula sibuk pergi ke gim untuk mendapatkan badan yang 'sado' dan kekar. Namun perlulah berhati-hati semasa menjalani latihan di gim kerana jika teknik yang digunakan salah pastinya ia akan membawa padah kepada diri sendiri.
Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang sedang melakukan 'deadlift' telah rebah jatuh ke lantai kerana tidak dapat menanggung beban yang sangat berat. Tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana, namun menurut sumber di Facebook Dee Sup lelaki tersebut mengalami patah tulang belakang. Dapat dilihat dalam video, lelaki berkenaan kelihatan seperti memaksa dirinya untuk mengangkat bebanan tersebut namun dipertengahan dia melepaskannya sebelum badannya jatuh menghempap besi itu. Netizen yang melihat rakaman tersebut kebanyakannya telah tag rakan-rakan gim mereka sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Dengan melihat sahaja sudah terasa kesakitan yang ditanggung olehnya. Jadi bagi 'abang sado' di luar sana, utamakan keselamatan anda semasa berada di gim. Tidak salah berusaha keras untuk mendapatkan badan idaman, namun pelajari dahulu teknik yang betul ya. -CARI
|
21
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nut.legacy replied at 13-1-2017 03:54 PM
kdg bila angkat weight berat mcm ni perlu ada org assist utk support .. so lelaki ni silap percatura ...
Loloq89 replied at 13-1-2017 08:43 AM
deadlift mana pernah org support..hahaha..
btw laki ni pengsan sbb masalah pernafasan..
Loloq89 replied at 13-1-2017 08:43 AM
deadlift mana pernah org support..hahaha..
btw laki ni pengsan sbb masalah pernafasan..
ReginaGeorge replied at 13-1-2017 04:20 PM
Takziah. Nanti hari tua terasa la balik kesakitan tuh
green~tea replied at 13-1-2017 11:55 AM
Tak tunggu hari tua pun laa.. tengok gaya patah ni mmg lumpuh sampai bila2... lumpuh dari pinggang ...
Loloq89 replied at 13-1-2017 04:43 PM
deadlift mana pernah org support..hahaha..
btw laki ni pengsan sbb masalah pernafasan..
ADVERTISEMENT