Seorang lelaki didakwa menembak isterinya gara-gara mendapati sandwich keju panggangnya dimakan wanita itu. Menurut portal Baltimore County police, Daniel Blackwell, 55, mengurung dirinya di dalam rumah selama tiga jam sebelum berjaya ditahan polis. Menerusi laporan polis, Daniel bertengkar dengan isterinya pada malam Ahad lalu selepas wanita berkenaan menggigit sandwichnya sebelum wanita itu melaporkan dia terdengar tembakan pertama dari tingkat bawah tanah rumah mereka ketika sedang menyiapkan makan malam. Apabila wanita itu tiba di tingkat bawah tanah untuk melihat keadaan Daniel, dia menemui suaminya dikelilingi senjata api dan peluru. Kemudian, tiga lagi tembakan dilepaskan ke arah dapur di mana wanita terbabit berada sebelum itu menyebabkan wanita itu melarikan diri dari rumah berkenaan dan membuat aduan polis.
Selepas tiga jam berunding dengan pihak polis, Daniel akhirnya menyerahkan diri. Polis bagaimanapun melepaskan semburan lada sebagai langkah berjaga-jaga. Hasil pemeriksaan, polis menemui 15 senjata api dan empat daripadanya diisi peluru. Menurut portal Tha Telegraph, Daniel masih berada dalam tahanan polis bagi siasatan lanjut. - CARI
|
23
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 12-1-2017 06:52 PM
Pasal Sandwich pun boleh jadi isu ka?
WhiskeyScotch replied at 12-1-2017 06:52 PM
Pasal Sandwich pun boleh jadi isu ka?
dinopower replied at 12-1-2017 08:25 PM
susah2 laki prepare sandwich tetiba bini ngap... sedih taww
chazey replied at 12-1-2017 09:38 PM
Grilled cheese sandwich tu, bukan sandwich bodo takat letak sadin jah inti. Harus heol ngamuk usah ...
ADVERTISEMENT