Didikan agama sangat penting dalam melahirkan seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Disiplin dan ketegasan diperlukan dalam mendidik anak-anak mematuhi segala perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nyua
Namun, niat tidak menghalalkan cara apabila seorang warden di dalam sebuah asrama sekolah telah bertindak ganas menghukum pelajar yang tidak menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di Penang Free School di mana pelajar-pelajar ini dirotan sebanyak tiga hingga lapan kali sebatan di bahagian punggung dan pinggang.
Warden tersebut didakwa berang disebabkan pelajar-pelajar ini tidak bangun dari tidur untuk menunaikan ibadah yang wajib itu. Kesan rotan meninggalkan bekas luka yang jelas dan kelihatan sangat menyakitkan. Gambar-gambar tersebut telah tersebar luas di internet baru-baru ini. Netizen yang membaca kisah ini punya pendapat yang tersendiri tentang tindakan yang dilakukan warden tersebut. Walau apa pun pendapat yang dilontarkan, masing-masing punya cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak muda yang akan menjadi pelapis masa depan negara. Mungkin kadang-kadang kita perlu menggunakan kekerasan untuk memberi pengajaran, namun berlembut itu lebih baik supaya ajarannya terus menyerap dalam jiwa. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
|
lostfaith replied at 3-1-2017 07:24 PM
Wah pak lebai yg berlagak Tuhan. Dlam kitab memang ada dinyatakan seksaan tapi Tuhankah manusia ni s ...
batmana replied at 3-1-2017 08:50 PM
Cmtu bubarkan la penjara dol..apa guna hakim berlagak tuhan?suka2 penjarakan org mencuri Duit masj ...
ADVERTISEMENT