CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ah Long Sudah Maju, Iklan Perkhidmatan Secara Online

3-1-2017 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2413| Komen: 14

Description: Kasihan kepada individu yang tidak berkemampuan dan pendek akalnya mencari jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan. Malahan, kini mejadi lebih mudah bagi mendapatkan pinjaman daripada ah long apa ...
Kasihan kepada individu yang tidak berkemampuan dan pendek akalnya mencari jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan. Malahan, kini mejadi lebih mudah bagi mendapatkan pinjaman daripada ah long apabila pinjaman boleh dimohon dengan hanya satu panggilan.


Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, terdapat peningkatan bilangan ah long sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Sumber foto: The Sun Daily

"Ia kini sampai ke satu tahap di mana peminjam tidak perlu lagi berjumpa dengan ah long atau menandatangani sebarang perjanjian.

"Hanya buat panggilan kepada ah long, beri alamat dan nombor akaun bank untuk mereka periksa, dan mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun bank," katanya kepada mStar Online.


Tahun lepas sahaja, sebanyak 636 kes diterima membabitkan RM58 juta hutang tak berbayar dan hampir 70 peratus peminjam tidak pernah bersemuka dengan pemberi pinjaman.

Bukan itu sahaja, malahan ah long turut menasihatkan peminjam supaya meminjam wang daripada ah long lain bagi melunaskan hutang mereka terdahulu.

Ah long juga bijak menggunakan peluang yang ada dengan mengiklankan perkhidmatan mereka secara dalam talian. Malah, Facebook juga digunakan untuk mengganggu  peminjam yang masih berhutang dengan mereka.

"Mereka memuat naik gambar-gambar dan menunggu maklum balas daripada peminjam.

"Jika mereka masih tidak bayar, beberapa gambar membabitkan keluarga peminjam akan turut dimuat naik bagi memalukan mereka," katanya.

Menurut Michael Chong, walaupun sedar akan bahaya dan kesannya, segelintir masyarakat masih memilih untuk meminjam wang daripada ah long. - CARI
11

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
20

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote S|_BUTA 3-1-2017 12:27 PM
Engko dah buat berapa panggilan ?
Quote MRX 3-1-2017 12:29 PM
Bukan sudah lama meh??  
Quote S|_BUTA 3-1-2017 12:29 PM
@CARI-MAL
Engko dah berapa kali buat panggilan ?
Quote wirazam 3-1-2017 01:17 PM
hapuskan along...
bank kan ada
Quote amukgemuk 3-1-2017 01:27 PM
permintaan vs. tawaran

Hapuskan permintaan, tak adalah tawaran--- fokus pada peminjam tu---siapa pinjam, tembak mati terus.
kesian jugak aku kat Ah Long ini---walaupun celaka---tapi bila peminjam kelepet duit haram diorang----lepas tu buat repot polis pulak----haiyya manyak susah ooo----
serupa lah kes pelacuran pun----yg tangkap tak pernah berhenti sampai sekarang psl ada permintaan-------hukum gantung dulu yg melawat brothels tu===settle
Quote JohnDeSouza 3-1-2017 01:42 PM
please take attention google malaysia. dah banyak iklan haram along mai masuk iklan hampa. jrngok kat mudah ada  kat cari pun ada
Quote gaara_X 3-1-2017 01:57 PM
ermmm....ada orang payung..makin membesar laa...
Quote yasinfi 3-1-2017 02:30 PM
nak buat camna..bank susah nak bg..mintak 10 dia bg 5...mcm easy RHB bagi tp intrest punya tinggi 14%..sapa mampu nak byr
Quote gigahertz 3-1-2017 04:24 PM
yasinfi replied at 3-1-2017 06:30 AM
nak buat camna..bank susah nak bg..mintak 10 dia bg 5...mcm easy RHB bagi tp intrest punya tinggi 14 ...

khabarnya kalau bank punya interest dah kata mahak itu adalah bukti anda tidak mampu utk bayar balik pinjaman
Quote FanTasyCreaTioN 3-1-2017 05:08 PM
Kasihan kepada individu yang tidak berkemampuan dan pendek akalnya mencari jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan. Malahan, kini mejadi lebih mudah bagi mendapatkan pinjaman daripada ah long apabila pinjaman boleh dimohon dengan hanya satu panggilan.
Tak perlu nak kesian pun
yang perlu d kesian ahli keluarga yang tak tahu menahu apa-apa hujung-hujung nya yang jadi mangsa along

Quote yasinfi 4-1-2017 09:15 AM
gigahertz replied at 3-1-2017 04:24 PM
khabarnya kalau bank punya interest dah kata mahak itu adalah bukti anda tidak mampu utk bayar bal ...

bukan tak mampu..tp intrest dia tak relevan langsung..pinjam 10..bayar 16++..beza 6 ribu lbh tu..bukan banyak ke intrest sampai beribu2 gitu..
pinjaman peribadi tu bukan sama cam pinjaman lain...bukan mudah nak dpt loan dr bank..kalau dpt tu mmg intrest tinggi
mereka ni kalau mudah nak dpt loan dr bank..mmg sah depa tkkan p dkt along
Quote Maideen. 2-9-2020 07:56 AM
Mungkin masalah Covid 19 banyak membuat orang terdesak....tapi kita kena sentiasa awas perangkap Along.

Wallahualam.
Quote glump 2-9-2020 08:15 AM
Kat fb tu melambak iklan ah long ber topeng nama wanita melayu terutamanya .semudah itu kan
Quote Maideen. 2-9-2020 09:00 AM
Rasanya yang penting ialah daya ketahanan kita untok melawan nafsu berbelanya (yalni will power bak kata omputih).

Jika daya ketahanan ini tidak kuat, harus kita terjerumus ke dalam jerat Along ini....

Wallahualam.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055566 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top