CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ultraman, Mickey & Minnie Mouse Pujuk Murid Cengeng Datang Sekolah

3-1-2017 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6627| Komen: 26|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Setiap kali sesi persekolahan baharu dibuka, pasti terdapat aneka ragam kanak-kanak yang mencuit hati orang ramai. Biasalah tu kanak-kanak berasa takut dan tidak selamat berada di luar kawasan selesa ...
Setiap kali sesi persekolahan baharu dibuka, pasti terdapat aneka ragam kanak-kanak yang mencuit hati orang ramai. Biasalah tu kanak-kanak berasa takut dan tidak selamat berada di luar kawasan selesa mereka buat kali pertama.


Teringat pula zaman kanak-kanak dahulu, waktu mula-mula bergelar murid tahun satu di sekolah rendah, pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang menangis teresak-esak, tak kurang juga yang menarik ibu bapa serta meronta-ronta kerana tidak mahu ditinggalkan, malah ada juga yang lebih pelik seperti menyorok di bawah kerusi dan meja.

Tahun baru, azam baru dan idea baru. Beberapa buah sekolah mengambil langkah untuk mengenakan kostum adiwira dan kartun yang dikenali dan digemari kanak-kanak bagi menyambut kedatangan murid.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rengit, Batu Pahat, menggunakan kostum adiwira Ultraman manakala SK Taman Scientex menampilkan kostum Mickey dan Minnie Mouse.



Sumber foto: Bernama

Itu bukanlah kali pertama SK Taman Scientex menyambut murid kedatangan murid baru kerana tahun sebelumnya, sekolah berkenaan menggunakan kostum Upin dan Ipin serta Kungfu Panda.

Sebuah sekolah di Kota Bharu juga menyambut kedatangan murid baru dengan mengenakan kostum Hello Kitty.



Idea itu mendapat sambutan daripada orang ramai terutama murid dan ibu bapa.


Sumber foto: FB Saya Orang Johor

Anda setuju tak jika setiap sekolah menggunakan idea menyambut kedatangan murid baru setiap tahun? - CARI
3

Bagus

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 3-1-2017 02:12 PM
mickey ngan miney mouse relevan lagi ke bebudak skang?
Quote garnet 3-1-2017 02:19 PM
Comel jer. Seronok ler budak2
Quote prettyuglybabe 3-1-2017 02:39 PM
kesian cikgu cikgi zaman ni..
manja betul budak-budak zaman ni
Quote jiji85 3-1-2017 03:07 PM
masih ada lagu ke budak cenggeng masok hari pertama sekolah?td aku hanta anak aku ke tadika byk je budak 3 thn 1st time skolah x menagis..siap boleh lagi lambai2 mak2 mereka..termasok anak aku..huhu..
Quote zuri154 3-1-2017 03:14 PM
jiji85 replied at 3-1-2017 03:07 PM
masih ada lagu ke budak cenggeng masok hari pertama sekolah?td aku hanta anak aku ke tadika byk je b ...

ada cuols. skolah anak aku. budak laki nanges sedu sedan nk ikut bapaknya balik
Quote gerbera.memopad 3-1-2017 03:15 PM
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 02:12 PM
mickey ngan miney mouse relevan lagi ke bebudak skang?

Masih. Anak2 sedara aku & most cousins aku yg kecik2 mmg hadap tgk Mickey Mause Clubhouse kat channel Disney Jr.
Quote sabar_sabariah 3-1-2017 03:23 PM
gerbera.memopad replied at 3-1-2017 03:15 PM
Masih. Anak2 sedara aku & most cousins aku yg kecik2 mmg hadap tgk Mickey Mause Clubhouse kat chan ...

ok lah kalo camtu
takut bebudak tak layan dah
malu plak bermaskot sedemikian

Quote Nenasketum 3-1-2017 03:35 PM
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 02:12 PM
mickey ngan miney mouse relevan lagi ke bebudak skang?

Takde anak kecik ek. New version minnie, mickey, daisy. Minnie mouse boutique. Siap ada game untuk ajor toddlers mengeja. Pi disney Paris, US, soft toys depa sold out ye.
Quote lurve82 3-1-2017 03:49 PM
seksinye ultraman tu...
Quote azimodin 3-1-2017 03:52 PM
Anak aku kalau nampak hello kitty ni mau dia menangis nak heret kitty tu balik rumah.
Quote sabar_sabariah 3-1-2017 03:59 PM
Nenasketum replied at 3-1-2017 03:35 PM
Takde anak kecik ek. New version minnie, mickey, daisy. Minnie mouse boutique. Siap ada game untuk ...

ada tapi dia tak kenal lagi
tu yg tanya tu..
ingat zaman2 kita je kenal mickey miney ni

Quote wirazam 3-1-2017 05:20 PM
prettyuglybabe replied at 3-1-2017 02:39 PM
kesian cikgu cikgi zaman ni..
manja betul budak-budak zaman ni

macam masuk tadika pulak...tadika pun takde maskot2 semua nih

agreed, budak2 makin manja lo ni
Quote RatuDunia94 3-1-2017 05:27 PM
Sementara utk hari pertama di sekolah menengah..
Quote siskepoh 3-1-2017 05:42 PM
ahaha comel gilaaa
Quote perang_candu 3-1-2017 05:44 PM
ultraman tu pakai la kain sampin.. tak senonoh mcm tu..
Quote Artemesiaa 3-1-2017 05:59 PM
Macam trend lak tahun ni banyak sekolah ada maskot cam ni untuk hari pertama bersekolah
Quote amyza 3-1-2017 06:01 PM
Seronok tengok budak2 first day kat sekolah, comel je muka.
Quote cikanggun 3-1-2017 08:40 PM
Mmg ler taleh nk banding zaman dulu dgn skrg... cara didikan mak pak dulu jauh beza bebeno... mcm langit dgn bumi...

Aku dulu hari pertama skolah jer arwah pak dok luar kelas.. hari kedua dan seterusnyer rileks jer xde nangis2 ke hape.. psl kalo aku ikut pak blk rumah, mak aku bg upah rotan 3 das.. takmo aku.. sakit woooooo
Quote drivethru 3-1-2017 09:16 PM
Kesian ko dek. Sampai ke pepek tali tag nama. Jerut tali macam nak bunuh diri.

Lihat semua komen(26)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.078701 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top