Setiap kali sesi persekolahan baharu dibuka, pasti terdapat aneka ragam kanak-kanak yang mencuit hati orang ramai. Biasalah tu kanak-kanak berasa takut dan tidak selamat berada di luar kawasan selesa mereka buat kali pertama.
Teringat pula zaman kanak-kanak dahulu, waktu mula-mula bergelar murid tahun satu di sekolah rendah, pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang menangis teresak-esak, tak kurang juga yang menarik ibu bapa serta meronta-ronta kerana tidak mahu ditinggalkan, malah ada juga yang lebih pelik seperti menyorok di bawah kerusi dan meja. Tahun baru, azam baru dan idea baru. Beberapa buah sekolah mengambil langkah untuk mengenakan kostum adiwira dan kartun yang dikenali dan digemari kanak-kanak bagi menyambut kedatangan murid. Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rengit, Batu Pahat, menggunakan kostum adiwira Ultraman manakala SK Taman Scientex menampilkan kostum Mickey dan Minnie Mouse. Itu bukanlah kali pertama SK Taman Scientex menyambut murid kedatangan murid baru kerana tahun sebelumnya, sekolah berkenaan menggunakan kostum Upin dan Ipin serta Kungfu Panda. Sebuah sekolah di Kota Bharu juga menyambut kedatangan murid baru dengan mengenakan kostum Hello Kitty. Idea itu mendapat sambutan daripada orang ramai terutama murid dan ibu bapa. Anda setuju tak jika setiap sekolah menggunakan idea menyambut kedatangan murid baru setiap tahun? - CARI
|
jiji85 replied at 3-1-2017 03:07 PM
masih ada lagu ke budak cenggeng masok hari pertama sekolah?td aku hanta anak aku ke tadika byk je b ...
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 02:12 PM
mickey ngan miney mouse relevan lagi ke bebudak skang?
gerbera.memopad replied at 3-1-2017 03:15 PM
Masih. Anak2 sedara aku & most cousins aku yg kecik2 mmg hadap tgk Mickey Mause Clubhouse kat chan ...
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 02:12 PM
mickey ngan miney mouse relevan lagi ke bebudak skang?
Nenasketum replied at 3-1-2017 03:35 PM
Takde anak kecik ek. New version minnie, mickey, daisy. Minnie mouse boutique. Siap ada game untuk ...
prettyuglybabe replied at 3-1-2017 02:39 PM
kesian cikgu cikgi zaman ni..
manja betul budak-budak zaman ni
ADVERTISEMENT