Hubungan cinta yang dijalin selama hampir tiga tahun antara Hazama dan kekasih hatinya bakal berakhir dengan berita gembira.
Penyanyi itu mengesahkan yang dia akan mengahwini komposer Genervie Kam dalam masa terdekat. Menurut Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, 32, perkahwinan ini bakal diadakan sebelum berlangsungnya pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) pada 22 Januari depan. "Boleh dikatakan ini adalah majlis 'nikah gantung' kerana kami hanya melakukan perkara yang wajib. Ia majlis yang sederhana dan saya tak mahu beri tekanan kepada Genervie. Kami rimas apabila sering diajukan pertanyaan bila akan mengakhiri zaman bujang," katanya kepda harian Metro.
Majlis resepsi akan diadakan namun belum ada lagi tarikh yang ditetapkan. "Kami kini sibuk menguruskan beberapa perkara membabitkan majlis ijab kabul. Bukanlah kemeriahan yang kami harapkan sebaliknya cukuplah majlis berjalan lancar seperti dirancang," tambahnya lagi. Hazama dan Genervie,36 sudah menghadiri kursus kahwin dan berharap sangat impian ini jadi kenyataan kerana selepas berakhirnya AJL, masing-masing akan sibuk dengan karier. Tahniah diucapkan kepada pasangan yang sama cantik dan sama padan ini. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. -CARI
|
20
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lazim replied at 31-12-2016 02:01 PM
betul2 xsngka berbekalkan wajah rempit hazama mampu ngurats amoi
katibism replied at 31-12-2016 02:14 PM
Harap rezeki Hazama murah lps kawen...menang AJL ke nnt.
Hazama ni very the Liza Hanim versi laki ...
lazim replied at 31-12-2016 03:32 PM
maksudnya apa. muka xlawa tp suara sedap ke?
ADVERTISEMENT