CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Gangguan Seksual, Penumpang Bas Ingin Diasingkan Ikut Jantina?

29-12-2016 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 21167| Komen: 205


Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa syarikat bas TransMalaya Ekspres meminta pasangan Islam mempamerkan sijil nikah sebelum membeli tiket, namun ianya dinafikan syarikat bas terbabit. 


Memetik laporan FMT, pegawai bahagian perkhidmatan tiket syarikat, Rina Suhara Ramli berkata pihaknya tidak mengenakan syarat sebegitu kepada pelanggan bagi menghormati privasi penumpang.

“Kami tidak pernah minta surat nikah daripada penumpang yang ingin membeli tiket bas. Kami hanya membuat pengasingan tempat duduk berdasarkan jantina."

Mengulas lanjut, Rina berkata tujuan utama pihaknya membuat peraturan sedemikian untuk mengelak berlakunya gangguan seksual.

Bagaimanapun, The Malay Mail Online melaporkan langkah mengasingkan penumpang mengikut jantina itu mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya mufti Perak yang memberi pujian. 

Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat ia merupkan usaha yang baik dan menepati kehendak Islam kerana melibatkan hukum, lapor portal FMT.

 
"Tindakan pengasingan itu bukannya untuk menyekat kebebasan kerana dari segi Islam, suami isteri atau mahram boleh duduk sekali, tetapi kalau pasangan bukan muhrim duduk bersebelahan haram bagi mereka sepanjang jalan dan berdosa sepanjang jalan." - CARI 

sumber foto: Grafik CARI

22

Bagus
33

Marah
34

Terkejut
38

Sedih
38

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (195 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 28-12-2016 09:28 PM
wah ini berita baik! tinggilah peluang aku nak duduk sebelah lelaki hot jika kalau sekiranya naik bas ni.
Quote white_musk 28-12-2016 09:28 PM
Bas syariah compliance... Ewah..
Quote gasbracun 28-12-2016 09:29 PM
edee_91 replied at 28-12-2016 09:28 PM
wah ini berita baik! tinggilah peluang aku nak duduk sebelah lelaki hot jika kalau sekiranya naik ba ...

Tak lawak langsung semua post kau
Quote pearl.silver 28-12-2016 09:30 PM
Iols suka sistem beli tiket yg letak gender siap2 tu..kwn citer bas dr kelantan ada guna sistem camni..
So far iols dok bli tiket bas utara xde lg nmpk gender masa nk beli tiket.
ada driver bas yg prihatin, sblom jalan, dia cek dulu passenger.klu ada yg dok laki pompuan, die suh pindah bg duk sama jantina
Quote edee_91 28-12-2016 09:31 PM
gasbracun replied at 28-12-2016 09:29 PM
Tak lawak langsung semua post kau

ye ke? give me second chance please. nanti aku perbaiki. pleaseeee......
Quote pearl.silver 28-12-2016 09:32 PM
Oh ye...dok nampak bas transmalaya ni kat lpt
1st time selisih ingatkan bas bawa team bola
2nd time selisih nampak nama transmalaya, ingatkan rebranding transnasional
Quote prettyuglybabe 28-12-2016 09:48 PM
walau tak naik bas, tapi satu langkah yang baik..
Quote .Atheist 28-12-2016 09:50 PM
sesuatu yg bagus............   
Quote ultra78 28-12-2016 09:50 PM
Zaman aku student dulu pun mmg diasingkan walaupun tidak stated secara rasmi. Berdasarkan kepada jantina org yg beli tiket. Tak tahulah mcm mana sistem sekarang sebab dah lama tak naik bas ekspress.
Quote gagakbiru 28-12-2016 09:50 PM
Bagus je langkah macam ni
Quote krustykrab 28-12-2016 09:53 PM
Aku sokong langkah yg baik ni....pada pondan rambut karat x siap , ko dah kaya x yah sibuk2 naik bas...ko naik la kete dgn mana2 jantan yg ko suka....
Quote SalenaGomez 28-12-2016 09:53 PM
Aleh siti kasim ni macam la ko naik bas..nak highlight2 x nak guna..tu option to pulic..kalau nak amik...x, xyah beli la...easy kan
Quote SalenaGomez 28-12-2016 09:55 PM
Aku setuju asing2 sbb zaman kat boarding skool dulu penah sipi nak tkena raba skali...me kerate tangan sotong tu terus diam...mmg shit lah
Quote stania83 28-12-2016 10:01 PM
Patutnya ada pilihan. Nak duduk ngan sama gender atau nak duduk dgn kawan. Sbg perempuan liberal duduk tepi lelaki mmg tak selesa yew yeww. Dahla jenis laki yg baik bas.
Quote susukambingbest 28-12-2016 10:03 PM
bagusss, xde la gngguan dr laki gatal lg.
Quote CiliPadiSedap 28-12-2016 10:04 PM
apa maksud transexual ye?
Quote tensic~ 28-12-2016 10:06 PM
Buruk sangka nye siti kasim ni
Aku sokong je mcm ni
Quote exclusive_vvip 28-12-2016 10:10 PM
Bagus la kalu inisiatif buat pengasingan sbb nk elak gangguan seksual pada penumpang....sebab penah jadi kat sorang member i dulu..kene raba dgn lelaki kat sebelah...terus dia menjerit
Quote mommymonster82 28-12-2016 10:10 PM
Siti kasim ni dah kenapa?

Org nk jg keselamatan pompuan pon dia nk meroyan..suka sgt ke nk duk sblh bangla bau bawang? pastu kena raba plak.. eiii..

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.217469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top