Sebanyak 25 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di kawasan setinggan bersebelahan pusat beli belah The Scott Garden, Batu 4 1/2 Jalan Klang Lama musnah dalam kebakaran malam Selasa.
Memetik laporan The Star, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, kebakaran terbabit melibatkan 25 buah rumah iaitu lima daripadanya didiami warga tempatan manakala selebihnya adalah warga Indonesia. Ujarnya, proses pemadaman api mengambil masa kira-kira satu jam berikutan mengalami sedikit kesukaran akibat angin kencang yang menyebabkan api marak dengan cepat. “Kita bernasib baik kerana bekalan air ada kira-kira pukul 4 petang tadi namun mengalami kesukaran malah kebanyakan rumah setinggan diperbuat daripada papan dan batu." Tambah Samsol Maarif, sebanyak 80 anggota dan pegawai bomba terlibat malah pihaknya turut mendapatkan bantuan tanker daripada Balai Bomba Sungai Buloh selain bantuan daripada pasukan bomba sukarela Bukit Bintang, Salak South dan Desa Petaling.- CARI
|
13
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
17
Sedih |
21
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 21-12-2016 09:53 AM
cash la...pemaju bakar rumah sbb xnak berpindah
PongKang replied at 21-12-2016 10:17 AM
aku pun rasa pemaju bakar
ADVERTISEMENT