CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Diri Dirogol Tentera Syria, Gadis Aleppo Sanggup Bunuh Diri

15-12-2016 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 17998| Komen: 147


Berita memeranjatkan dan menyentuh hati jutaan pembaca dilaporkan apabila sesetengah penduduk di timur Aleppo bertanya ulama, sama ada wajarkah mereka membunuh anak perempuan sendiri bagi mengelak menjadi mangsa rogol tentera rejim Syria, Hezbollah atau militan Iran.


Mesej terdesak daripada penduduk terbabit mula dikongsi di laman-laman sosial, tatkala tentera rejim Bashar Al-Assad dibantu kumpulan Syiah Hezbollah dan militan Iran, menawan Aleppo daripada pejuang dan penentang rejim.


Loading FB Post...

Memetik laporan Mirror, dalam satu kiriman di laman sosial oleh seorang gadis menulis dia akan membunuh diri kerana tidak mahu menjadi mangsa rogol. Antara yang ditulisnya ialah:


“Kepada semua pemimpin agama dan ulama dunia. Kepada semua mereka yang kononnya memikul beban di bahu mereka. Saya adalah salah seorang daripada gadis Aleppo yang menanti dirogol dalam masa beberapa jam lagi. Tiada lelaki mahupun senjata di antara kami dan raksasa yang dipanggil tentera Syria.”

“Saya tidak mahu apa-apa daripada anda, juga tidak doa. Saya masih boleh bercakap dan percaya solat saya lebih ikhlas daripada anda. Apa yang saya mohon ialah jangan mengambilalih tempat Tuhan dan menghukum saya kerana membunuh diri."

“Saya akan membunuh diri dan saya tahu anda akan mengatakan takdir saya adalah di neraka. Saya tahu satu-satunya perkara yang akan menyatukan anda semua adalah seorang gadis membunuh diri. Saya bukan ibu atau kakak atau isteri anda. Saya hanya seorang gadis yang anda tidak hargai.”

Tentera rejim Assad, Syiah Hezbollah dan militan Iran dilaporkan membunuh 200 penduduk di Aleppo, termasuk wanita dan kanak-kanak, semalam.

Beribu-ribu penduduk Aleppo, kini melarikan diri, kerana bimbang menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Bashar dan Syiah Hezbollah.- CARI















23

Bagus
30

Marah
25

Terkejut
27

Sedih
29

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 15-12-2016 01:26 PM
aduh...makin tenat dunia skang nie...
Quote ResellerMaxis 15-12-2016 01:32 PM
gaara_X replied at 15-12-2016 01:26 PM
aduh...makin tenat dunia skang nie...

tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh oleh islam??kisah rohigya yang tah betul tah tidak tu aritu banyak betul keluar..
Quote helle 15-12-2016 01:38 PM
Itulah kann...media barat dah kecoh dr semalam..belah sini cuma krikk krikk
Quote jiwarasa 15-12-2016 01:39 PM
ResellerMaxis replied at 15-12-2016 01:32 PM
tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh o ...


sepatutnya tv dulu kena siarkan. takut kat siapa sampai tak berani nak siar..
harap2 krew majalah 3 sudi buat liputan kat syria. ramai nak tahu apa jadi sana

Quote qronaldo7 15-12-2016 01:43 PM
hmmm. kejam
Quote ResellerMaxis 15-12-2016 01:44 PM
jiwarasa replied at 15-12-2016 01:39 PM
sepatutnya tv dulu kena siarkan. takut kat siapa sampai tak berani nak siar..
harap2 krew maja ...

karang krew tv3 lak kena..

[fbp]https://www.facebook.com/kinitv/posts/696872363822825[/fbp]
Quote b!natang 15-12-2016 01:49 PM
Dasar pussy syrian alawites.  Tanpa askar rusia mereka yang kena sembelih
Quote cocorex 15-12-2016 01:52 PM
Syiah mmg gampang
Quote Darien_Fawkes 15-12-2016 01:56 PM
Bijan.. oh Bijan.. ko ada kat mana?
Quote ResellerMaxis 15-12-2016 01:58 PM
Pemuda PAS mahu TGHH jadi orang tengah conflict di Syria

Pemuda PAS hari ini berkata kedudukan presiden mereka dalam Kesatuan Ulama Dunia boleh digunakan bagi menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul hadi berkata, mereka memang memandang serius dan penuh prihatian terhadap perkembangan sedang berlaku di Aleppo.

Katanya, di wilayah Aleppo pertempuran sengit antara tentera rejim kerajaan Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia dan Iran dan pemberontak baru saja berakhir.

Justeru kata Muhammad Khalil semua pihak yang terlibat perlu untuk tidak bertindak memburukkan lagi keadaan.

Pada masa sama, Pemuda PAS berasakan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Sedunia boleh dimanfaatkan bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik berkenaan.

"Dalam usaha mencari penyelesaian, PAS bersedia membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria," katanya melalui kenyataan hari ini.

Aleppo adalah kubu utama kumpulan penentang Bashar yang bermula seawal Julai 2012 dan terlepas daripada kawalan Damsyik tidak lama kemudian.

Bagaimanapun tentera kerajaan terus melancarkan serangan sistematik sehingga akhirnya berjaya mengusir pemberontak dari bandar Aleppo baru-baru ini.

Berpunca dari Arab Spring

Kedatangan semula tentera kerajaan dilaporkan mencetus konflik kemanusiaan dan mengorbankan ramai orang awam.

Muhammad Khalil berkata Pemuda PAS menggesa semua pihak tidak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah perlu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa di Aleppo.

"Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan kini.

"Pemuda PAS menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda," katanya.

Kata Muhammad Khalil, apa yang berlaku di Aleppo adalah kesan daripada pakatan negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah melalui senjata.

Menurutnya, natijah buruk telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.

"PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Pemuda PAS menyeru negara Islam mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi," katanya.

Beliau yang anak Abdul Hadi berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria.

"Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi keutamaan dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada Arab Spring," katanya.


Lain betul nada nya kan..xder pun suruh putuskan hubungan, ajak rakyat berdemo, bersolidariti bersama najib dan lain-lain..

@Modngengade sila komen tentang perangai orang bukan kafir laknatullah ni..

Quote kerepektempe 15-12-2016 02:02 PM
Sedihnya.. Mampu doakan untuk keselamatan mereka saja..
Quote nh83 15-12-2016 02:04 PM
Sahabat2x, mohon doakan saudara2x kita disana jua diseluruh dunia yg sedang dianiaya oleh mereka2x yg x berperikemanusian..
Sebak tak tertahan melihat anak2x kecil terutamanya..syurgalah tempat terbaik bwt mereka yg diuji..
Quote chazey 15-12-2016 02:04 PM
FUCK WAR!
Quote jiji85 15-12-2016 02:11 PM
yg menyembelih tu sembelih manusia ibarat dia bunuh nyamuk ke?bangsa arab dr zaman nabi sampai zaman millenium mmg x jauh dr kisah berperang..hati umpama shaitan xda perikemanusiaan..bangsa paling bongkak..vodoh semoga mereput d neraka.
Quote sebu 15-12-2016 02:17 PM
ResellerMaxis replied at 15-12-2016 01:32 PM
tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh o ...

Bukan x kisah tapi x tahu nk buat dan kata apa dah dgn manusia2 yang tak.abis2 bergaduh dan berperang sesama sendiri satu negara. X reti kah mereka mereka ni hidup aman damai dan bersatu padu dengan kenikmatan sumber dunia yang tuhan kurniakan?.bukan jenis x de agama pun mereka ni. Malaysia yang berperang dgn Jepun ..China .portugis. .belanda yang dari lain2 negara pun dah lama merdeka dan tamat persengketaan dan hidup aman dan menikmati kehidupan. Tapi mereka?  Satu negara dan sesama bangsa   ..muka pun x de beza.
Quote sebu 15-12-2016 02:18 PM
Bodohnya bangsa ni dari lahir sampai tua berperang
Quote AbukRokok 15-12-2016 02:23 PM
Propa Bana.....  
Quote AbukRokok 15-12-2016 02:27 PM
Edited by AbukRokok at 15-12-2016 02:28 PM

Selamat tinggal dunia...... kami dah nampak bom sedang landing kejap lagi

selamat tinggal dunia...... kami dah nampak gas beracun akan menimpa kejap lagi





http://www.liveleak.com/view?i=010_1468932915

Quote AbukRokok 15-12-2016 02:29 PM
pengganas Nourideen Al Zinki  sembelih kanak kanak

http://www.liveleak.com/view?i=010_1468932915  

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057532 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top